Jan 9, 2013

Pemberi dan Penerima

Lama tak mengisi ruang disini...
tiba2 rasa nak ketuk2 keyboard....
Mulianya orang yang suka bersedekah, tajuk artikel yang terjumpa...

Bukan senang tapi tidak juga susah asal ada kesedaran untuk melatih diri menjadi pemberi kerana kita tahu pemberi lebih baik dari peminta.

Memberi pada kadar mampu dan pada yang memerlukan. Jangan diukur dari tinggi nilai atau hebat kualiti tapi biarlah dari ketulusan dan keikhlasan hati.

Tapi kenapa aku susah nak beri pada kanak2 yang kerap ada kat shopping komplek yang mengaku anak yatim yang menjual cd , kalendar, buku agama, kismis dll. Bukan tak ada belas kesian tapi ada desas desus yang mengatakan mereka di biayai oleh satu sindiket. Kadang2 aku rasa kesian (angin pemurah) dan kadang2 aku jadi `hati kering'. Masa yang lain aku terfikir, kalau nak bersedekah jangan fikir lebih2, Allah Maha Mengetahui dari dalam hati nurani kita.


Hadith: 
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. 

Pesan ustaz jangan kita tolak dua pemberian orang kepada kita yang berupa
1-Minyak atar (wpun kita suka atau pun tidak)
2-Bantal.
kerana hukumnya makruh. Walahua'alam
hanya kebetulan

apa pendapat anda...

4 comments:

Padin said...

Emm aku pun sama.. bukan tak kesian tapi entahla... kadang2 hulur juga,

Shasha Mohamed said...

Saya paling suka ayat ni. "Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”.
Best!

Liza @ Adzriel AB said...

samalah kak liza pun jarang memberi yg kat tepi2 jalan tu. takut menggalakkan je.

LadyBird said...

macamana kalau beri coklat kat budak2 tu, mesti mereka suke.. leh makan :)