Apr 22, 2013

Buah Mertajam ada di Bukit Mertajam?

Bahagian 1 (buah/pokok yang hampir pupus)

Kebanyakkan orang tahu ada tempat di Pulau Pinang yang bernama Bukit Mertajam, tapi ada juga yang tak tahu ada buah yang bernama buah mertajam. Tak tahu lah juga mungkin buah mertajam banyak terdapat disana, yang ni kena tanya orang Bukit Mertajam la nampaknya...

Ada juga kawan-kawan aku yang panggil buah ni, buah taik kambing, sbb rupanya bulat bujur seiras taik kambing...hahaha zaman kanak kanak nakal..

Pokoknya sederhana tinggi dan rendang, kalu tak silap buahnya bermusim..Buah nilah yang menjadi serbuan kanak-kanak termasuk aku (ditempat aku lah) selain jambu batu yang banyak biji tu..
Rasanya kelat kelat manis tak la sesedap semanis anggur. 

Buah anggur, apple boleh makan bila mak ayah keluar pekan...mungkin sekali dalam 3-4 bulan.

Pokok ni macam tumbuh liar maksudnya bukan pokok tanaman komersial tapi sekarang jarang dah nampak pokok ni dikampung-kampung, mungkin dah pupus kot.



tuan punya gmbr ada tertera di atas

buah yang belum masak, mula2 hijau, kuning,oren, merah, merun seterusnya hitam
sumber: lagunamerbok.blogspot.com

 yang ni dah masak

Banyak lagi buah kegemaran masa zaman budak-budak...
Buah apa kegemaran anda masa kecik- kecik dulu?..hai sibuk nak tau....

Ada sapa2 yang tahu khasiat buah ni?


8 comments:

missSenget said...

nampak sedap..

teringin nak try rasa..

@na said...

waaah lama tak mkn buah ni...khasiat? tak pasti, tp tgk pd color tu, cofirm betacarotine sangat tinggi, kan sud@is?

makchaq said...

Makchaq panggil buah ni buah keriang.. Yg masak hitam tu sedap, masam manis..tapi bila makan mulut jadi biru birat...
Kecik2 buah2 kayu ni semua makan... Makchaq punya rules of thumb..masa kecik2... Kalau buah yg burung makan semua boleh makan/tak beracun...

ctpayong said...


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

السلم عليكم ورحمة الله

kakCT tak pasti pulak buah ni namanya apa kalau kat selatan ni. tapi masa kat hometown tu ada buah kelatlayu namanya...mcm buah anggur tapi tak sesedap srmanis anggur. tapi cantik...dalam segugus ada kuning, oren, merah & hitam.

yang hitam tu dah masak betol...manis.

Hanis Azla said...

Salam sud@is..

Tak pernah dengar nama buah ni.. rasanya, buahnya pun saya tak pernah jumpa..

Norizan J said...

macam pernah kulihat buah ini, tapi tak tau la pulak namanya buah mertajam hihi

teh ramuan said...

buah kegemaran geng aku masa budak2 dulu
sekarang ni pokok mertajam dah tak ada

S..U..D..@..I..S said...



missSenget
Makanan budak kampong yang inilah dan seumpananya tersedap... mana nak dapat anggur dan apple bagai..hehe

@na
time tu asal boleh makan hamtam ja ana asal tak mabok...

makchaq
buah keriang yang bulat2 tu makcaq..yang ni bujur. Betul makcaq kalau buah yg burung makan tandanya tak beracun..

ctpayong

saya rasa apa kakct maksudkan buah yang saya paparkan mungkin panggilan nama berlainana kot.

Hanis Azla
Rasanya la ni semakin pupus pokok ni..

Norizan

Lihat kat majalah ka atau disini ka..

teh ramuan

oh ingatkan di Kedah saja pokok mertajam ni rupanya kerabat nya ada juga di Kelantan ya..