Dec 30, 2013

dia datang lagiiiiii......

baka baik gemuk dan sihat

kurma kambing pun sedap

yang ni jadi baja pokok cili
Datang kali ni baka putih dan gemuk-gemuk,, tak menentu kadang datangnya dari depan kadang pula ikut belakang.. nak diapakan..? binatang istimewa ini,v nak marah, nak tengalung tak sampai hati, diakan binatang kesayangan peliharaan Rasulullah sedari kecil.

Sedih terharu mengenang perjalanan kehidupan Rasulullah penuh dengan kesulitan dan juga kesempitan, hiburannya hanyalah dengan kambing peliharaannya, bukan macam kanak-kanak sekarang berhibur dengan iphone, ipad, tab dan macam-macam kecanggihan.
 

Balik pada kambing tadi, hairan juga tuannya tak risau ka nanti kambingnya
 disembelih, dipanggang atau dicedera kerana meragut tanaman orang sesuka hati (diakan binatang) , lagipun salah tuan tanah juga tanaman tak berpagar,.......

nampaknya tuan tanah dan tuan punya ternakan sama saja, masing masing kena cari alternatif..

Kat mana kedai hardware jual pagarq..kalau dibiar lama nanti sayur-sayurku habis tinggai tunggul...










11 comments:

MulutPayau said...

Datang bawa kawan2 nak makan rupanya

tehr said...

tak bagus ni lepas kambing masuk tanah orang
tuan kebun dah memang berkebun kat tanah sendiri

kan? kan?

Ibu Qistina said...

tetamu tak di undang tapi memberikan manfaat kepada tanaman hasil dari tinja.

@na said...

tangkap bela je tetamu tu sud@is...dpt jgk tinja tuk Baja tanaman....hehehe...

LadyBird said...

salam kak.. kalau kmbg makan pucuk tnmn kite, tnmn kite akn mati sebab mulut kmbg panas.. mak lady kt cepat2 potong tmpt die mkn dn siram..

sud@is said...

MulutPayau
Rezeki. jumpa kebun makan besar tp tak dan kenyang.

Tehr
Tanah rezab blkg rumah ja pun dpd naik semak, usahakn tanam sayuran-untung kalau kalau ada lebih tukar-tukar sayur dgn jiran

Ibu Qistina
Rasanya kalu sllu depa buat lawatan. mudarat kebun saya dilanyaknya..hehe

@na
kalau tangkap sure tak bela tp terus buat bbq

Wsalam Lady
pernah dengar petua mak lady tu tapi blum coba lagi.
mungkin boleh try klu ada kes lg

shameel Iskandar said...

sebenarnya penternak kambing kenalah tambat/ikat kambingn2nya sbb jika berkeliaran tak setakat masuk ke kebun org tapi lagi bahaya ia mengancam pengguna jalan raya..

Unknown said...

As salam...

Kalau kambing-kambing berkeliaran tanpa tuan dan menceroboh masuk ke kebun orang alamat nak kena sembelih, kalau ditakdirkan mati kena langgar dengan kenderaan pasti tak nak mengaku tuan...tul dakk.. :)

Selamat Tahun Baru 2014 buat Sudais semoga segala-gala yang baik menjadi lebih baik...amiin ^^

sud@is said...

Shameel Iskandar
Tq singgah
Sepatutnya masing2 kena jaga hak masing2kan..

Ummi Kami
Wsalam tq singgah
kalau kena langgar kesiannya..lagi pun kambing mahal la ni ><rm500

slmt tahun jg utk Ummi

TukangKebun said...

Kalau kambing hilang silap tuannya sebab biar gitu. Dah kalau selalu dapat makanan free sedap. Rajinlah depa mai selalu.

Dja@Sishaza said...

Depa tumpang rezeki di tanah subur.... mungkin terlepas dari kandang kot