Jan 26, 2014

Cili Api @ Cili Padi

Cili, orang sebelah utagha panggil cabai termasuklah cabai hidup (cili besar), cabai kering (cili kering) dan cabai melaka (yang ni tak tau cemana melaka dapat nama) iaitu cili api. Cili api pula banyak jenisnya seperti cili padi, cili burung, cili api siam.

Sebutan yang berlainan ini mungkin mengikut tempat  atau daerah masing-masing agaknya.

Memandangkan kat rumah tuan tanah semuanya pemakan cili tegar, jadi tuan tanah tanam la juga pokok cabai hidup dan cabai melaka sepokok dua. Nak upload kat sini pun , belum berhasil lagi jadi tunggu dulu biar menjadi baru tayang kat sini.

Sementara tunggu pokok cabai membesar, saya teruja dan beli sepokok pokok cabai melaka kat Tesco, geram tengok pokok dalam pasu kecik tapi bunga memutih dan cabai galak berbuah.


 pokok dari Tesco

Yang ni jenis apa kurang pasti sama ada cili api @ cili padi @ cili burung....tak kisah lah itu semua induknya cabai yang membangkit selera makan paling kurang air asam kicap.. atau masak lemak cili api ikan atau udang + belimbing buluh...

Telur dadar, nasi goreng kampung semestinya cili api.

Ada yang kata kalau tanam cili kurang air, jadi tersangat pedas..btoi ka?

merah berapi pedas berasap

Tip-tip tanam cili atau apa pemasalahan tentang pokok cili boleh layari blog tanamsendiri.com 

6 comments:

Awin said...

cili api vs cili padi....hehe...saya panggil cili api. kita senegeri kot

suka suka said...

Akak ni belum berjaya menanam cili api..

❤Kamsiah❤ said...

takde cili,rasa mcm tak puas makan nasi...

ctpayong said...

masak lemak lada@cili@cabai api@padi.....nama je lenlain. tapi memang kalu takde memang apa pun tak boleh!!!

ummiross said...

cantik pula pokok cili tu, colourful.

sud@is said...



Awin

senegeri pun ada juga sebut lain-lain kan..

suka-suka
saya berjaya menanam tapi belum berjaya menampakan hasil cili lagi..harap menjadi la....

insyaalah kalau ada rezeki

❤Kamsiah❤ .

betoi2 takde cili, memang rasa tak puas makan nasi...

ctpayong

setuju, cili pembangkit selera dan seperti bahan asas masakan lauk pauk..kalau tak tak pedas tak jalan...

ummiross

cantik ka? yang tu bukan pokok dari kebun ni...hehe
yang kat sini belum lagi berhasil...