Feb 15, 2014

Bena putih serangga perosak utama



Bena putih paling banyak menyerang pokok sayur dikebun sejemput. Banyaknya tak terhingga sibena putih boleh dikatakan semua pokok diserangnya. Belakang daun tempat hinggapnya.

Bermula dgn pokok ubi kayu dan kini dah berjangkit dengan semua pokok yg ada dlm kebun ni..rasa nak cabut semua pokok ubi kayu tu, tapi sayang juga sebab belum cukup matang lg..


pokok bendi



Kangkung yang cedera



Pokok cili paling byk kena serangan jangkitan selain bena putih, bena hitam pun menumpang dan juga semut merah. Akibatnya putik cili menjadi layu kuning dan gugur....macam patah semangat dah..
bena hitam mengerumuni putik cili

bena putih mengaibatkan daun jadi kerinting, yang ini selepas disembur racun


Atas nasihat penjual anak2 pokok kat pasar tani suruh gunakan Fumakila H20 waterbased..

Selepas disembur lebih kurang seminggu nampaknya dah makin berkurang dan pokok beransur pulih.

Sahabat pekebun yang berpengalaman jika ada tip berkesan menghalau serangga boleh kongsi disini untuk faedah bersama..


7 comments:

insan marhaen said...

jiran IM yang juga pekebun pernah bagitahu bahawa tanaman cabai memang susah nak di jaga dari serangga perosak.

tapi heran ya, petani cina boleh menghasilkan cabai yang cantik dan sihat.

Kakzakie said...

Kakak panggil benah. Pokok bunga puding kakak pun banyak kena berpunca dari pokok betik kakak. Geram bila kena memang payah. Kakak siap siram dgn air sabun tapi hilang sekejap timbul balik..

Pedasdanmanis said...

Sud@is, laman saya penah kene serang macam ni.. spry pakai minyak + Sabun pun tak berkesan sbb byk sgt.. Last terpakse gune racun malathion.. 3 kali ulangan selesai problem.. tapi kalau dah terdesak mcm saye..pd saya jgn guna racun kecuali kalau dah terdesak sgt... Fumakila water base tu pun terbaik cume mahal sikit..

ctpayong said...

pokok mahkota dewa akak pun teruk kena serang benda ni. lagi satu pokok limau purut...teruk dikerjakan. ada orang nasihatkan sembur air lada....

nak cubalab...mudah2an masalah selasai.

sud@is said...

insan marhaen
Kaum Cina tak kiralah petani ka peniaga ka atau apa apa pekerjaan yang diceburi jarang ada yang gagal, sbb depa ni rajin dan bersungguh-sungguh dalam semua, punyai teknik,skil dan ilmu...

Kita ala ala kadar..tak gitu IM..



Kakzakie said...

Oh benah..
Betol tu air sabun hanya sekejap...
Serangga ni yang nampak tak diserang hanya pokok kucai dan bawang..
Mungkin pokok2 tu punyai pembenteng diri yang kuat dan tersendiri..

Kakak panggil benah. Pokok bunga puding kakak pun banyak kena berpunca dari pokok betik kakak. Geram bila kena memang payah. Kakak siap siram dgn air sabun tapi hilang sekejap timbul balik..

Pedasdanmanis

Saya nak try juga la racun malathion kalau keadaan terpaksa.. Buat masa ok lagi nampak...Tq bagi idea..

ctpayong

Semburan air lada pun saya dah coba..mungkin kena sembor seminggu 3x kot...tunggu hari minggu ja nak belek lebih pokok dikebun...

Lynna Ghani said...

saya pon pernah nak cuba racun secara organic ni....tapi masalahnya benda ni lari sat saja...dia buat bodoh jer dtg lagi lepas tu...sbb tak kuat kot...then nak kena spray kerap......

kalau ready made saya guna neem spray jer dulu....tp mahal la jgk kalo nak spray sekebun...hehehe

first time dgr guna fumakila tuh....kalau spray serangga dgn yg serai wangi tuh maybe ok jgk kan Sud@is....

tapi thanks sbb share yg fumakila ni....boleh cuba kalau terdesak.....hehehe ;)

Zefa NorAsmara said...

Singgah ziarah dan follow..

Google pasal bena putih, pakcik google bawa ke sini. Pucuk manis sy tanam baru nak membesar dah ada putih2 pada daun. Tkasih utk info, nak g cari fumakilla h20 tu lah..