Feb 27, 2014

Jom tanam/makan timun banyak-banyak


Antara khasiat timun

Biasa diketahui timun adalah sayuran yang banyak air sudah tentu menyejukkan badan, kesegaran mulut selepas makan timun, menyahkan toksin dan juga mengandungi serat yang tinggi baik untuk sistem penghadaman.

timun mini (lmbat lagi ni)

Lain-lain khasiat timun seperti

Timun menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah

Timun melembutkan rambut dan melicinkan kuku Keajaiban Silika mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun membantu untuk merangsang pertumbuhan rambut anda.

Timun menggalakkan kesihatan sendi , melegakan artritis dan sakit goutTimun adalah sumber yang sangat baik di mana silika dalam timun menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan sakit gout dan artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.


Timun menyembuhkan mabuk 

Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk anda boleh makan beberapa keping hirisan timun sebelum tidur . Timun mengandungi cukup vitamin B , gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan mabuk dan sakit kepala.

Timun mengekalkan kesihatan buah pinggangTimun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan mengekalkan buah pinggang yang sihat. [fitnea.com]


 Nak banyak lagi sila layari di http://www.orangmuo.com

8 comments:

@na said...

waaah sud@is makin advance ni....hehehe...beli seeds kt mnana? saya ada tanam tp satu pun tk tumbuh!!!

Ibu Qistina said...

suka tanam timun mini,cepat berbuah dan cepat masak buahnya. Rajin pulak tu berbuah......hehe. Happy Garden sud@is.

makchaq said...

Makchaq dah lama tak bertanam2, macam tak sempat... tinggai pokok2 yang berdikari ja...pandan, lengkuas, limau purut, kari, kantan..

Pokok2 yg perlu perhatian lebih dah tak ada... ingat nak mula menyemai balik, tapi cuaca panas sangat pulak la ni..

Kakzakie said...

Rumah kakak semuanya hantu timun tapi kakak tanam mesti tak menjadi.. Dah elok tunas tak lama hilang pucuknya. Tapi kalau bapak kakak tanam sampai tak termakan jadi benih kering berjuntai...

nadia rashid said...

Tak bernasib baik lagi dengan timun

Anonymous said...

Byk manafaatnya timun ni. Baru saya tahu tp masalahnya byk mana kuantiti yg harus diambil.

ahsfantasy24 said...

Hehee, dah lama tak bercucuk tanam :D

sud@is said...

@na
Tanam lagi, yang tak tumbuh tu mungkin seed `hampa' kot (xberisi)
Sy beli seed kat tanamsendiri.com

Ibu Qistina
Tak sabar tunggu berbuah ni, harap2 menjadi seperti yang ibu Qis katakan tu..teruja sungguh..

makchaq
Sama juga makcaq, pokok semua mengharap banyak air, pg dan ptg kena siram elak kelayuan

Kakzakie
kalau semua hantu timun elok tanam banyak2 keliling pagar. Ni mesti tak sempat ambil petua dari bapak, tentang teknik menanam timun, kalau tak tentu jenuh berulam timun..
Sy pun 1st try ni...

nadia rashid
Coba lagi mana tau kali ni menjadi-jadi..

Anonymous
Rasanya makan banyak pun tak mudarat kot...

ahsfantasy24
Jom bercucuk tanam lagi pun sayuran mahal nii...semarakkan bumi hijau hijuakan laman.