Mar 23, 2014

Dikatakan makanan zaman Jepun

Wpun dah lama Malaysia merdeka tapi makanan zaman jepun tetap aku suka 
tapi bukanlah hari-hari cuma sedap jika dimakan sekali sekala, apa lagi 
kalau dicicah dengan kelapa..

lebih sedap lagi kalau kelapa muda +gula+secubit garam..memang mengancam..



Yang ni belum matang dah dicabut sebabnya  `bena putih' suka bersarang di daunnya


 tak sempat nak membengkang atau pun buat kerepek...... hanya rebus sahaja..

Sesetengah orang x berapa suka... mungkin faktor kesihatan,
ada yang kata boleh berangin satu badannnnn ...
tak dapat lah nak merasa nikmat keenakan kunyahan ubi eksotik ni..

Kuih talam ubi kayu antara juadah yang di cari terutama di bulan puasa.
Musim perayaan pulak kerepek ubi kayu antara hidangan untuk tetamu...

Selain ubi, pucuk ubi kayu sedap dimasak lemak cili api dengan udang atau ikan bilis...

anda bagaimana?


faktor tanam keratan dulu sebab nak teduhkan kebun...




9 comments:

Kak Yon said...

ubi rebus cicah sambal tumis pun sedap..

suka suka said...

Buat pengat pun sedap..

@na said...

teringat masa zaman jepun dulu ni....hehehe...nk kena pi lawat ladang ni

Kakzakie said...

Ana tu macam bagus je... kalau tahu zaman jepun tu boleh geng bapak kakak dah... Kak long kakak pun tak jumpa tau zaman jepun tu:)

Kakak suka ubi rebus cecah sambal tumis. Tak habis makan goreng.. sedap!

hijaudaun said...

pucuk ubi celur cicah budu. mengancam. hihi

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

bunda ada tanam pokok ubi kayu ni...adalah 4 pokok baru nak membesar...
haritu musim panas jerebu...abis kunig daunnya..

TukangKebun said...

Anak-anak minta potong goreng macam French Fries. Versi generasi Y kut hehehe...

Awin said...

saya nak membengkang nanti sudais :)

sud@is said...

Kak Yon
Ya betul, saya pernah makan ubi rebus cicah sambal tumis bilis... memang sedap

suka suka
Suka juga pengat ubi kayu..yang kat sini tak dan nak pengat..hehe ayat selamt tuu

@na
Teringat masa zaman jepun? hehe tu zaman mak ayah kita la...

Nak lawat ladang?..ladang kat mana tu... jommm ikut..

Kakzakie
Rebus cicah apa2 pun sedap kan...

Pernah makan tak ubi kayu bakar? lagi sedapppp...lagi manis (nostalgia dikampung dulu)

hijaudaun
kalau kat utara ni pucuk ubi celur cicah sambal belacan... dengan budu pun sedap juga..kena try ni ...

BUNDA a.k.a KN

waalaikumussalam,
4 batang pokok pun jenuh makan tuuu...
Kata kawan2 yang pernah tanam hayat matangnya lebih kurang 7-8 bulann...

TukangKebun
Tentu sedap kalau potong goreng macam French Fries... Anak2 mana suka makan jenis rebus rebusan..

Awin
OO bestnya nanti upload k ...suka sangat ...tak dapat rasa tengok gambar pun jadikk