May 28, 2014

Breakfast di Restoran Pokok Pisang

Jalan-jalan cari makan hari cuti Israk Mikraj 27 Mei 2014. Sepatutnya hari cuti masak makan di rumah...hehe..tapi kemalasan melanda.

Singgah di Restoran Pokok Pisang ditepi jalan,, kiri kanan kehijauan bendang, huhhh!! rasa segar dan nyaman sekali. Alhamdulillah cuaca pun sejuk selepas semalaman hujan.

Tempat makan disini berkonsepkan kayu dan berbumbungkan atap nipah yang rasanya lebih sejuk jika dibandingkan dengan bumbung lain..

Disini ada banyak lauk pauk masakan kampung, anika ulam, anika kari , sayur sayuran dan anika ikan bakar...

Pada yang tak suka makan berat, ada`peknga' (roti nyok)..sedap dicicah dengan kari kepala ikan..

 bahagian depan dipagari dengan deretan pokok pisang

keindahan Gunung Keriang

kerusi meja kayu, bumbung atap nipah

anika design kerusi dan meja

ikan, ayam, daging panas berasap

abang bakar tak mau masuk camera


tempat makan bersila pun ada, terlupa nak snap..


Sesiapa yang lalu tak rugi singgah disini...

11 comments:

Honey said...

Salam Sudais,

Bestnya tempat ni. Suasana kampung. Hari tu ada tgk kat tv3 tentang makan makan ni. Pastu kalau tak silap kat kedah ada orang tu buka gerai kat rumah. Buat lempeng kelapa tapi dia panggi 'pekna'.. rupanya peknga hehehe.

Kat sana irak mikraj cuti eh? Seronoknya..

Dulu pernah tinggal kat Butterworth 2 tahun. Lepas balik sekolah bro in law bawa my sister and I pegi makan kat kedai tepi jalan. Pun kalau tak silap sawah padi kiri kanan. Konsep sama which is banyak ulam dan ikan bakar. Nikmatnya makan.. teringin nak pegi sana lagi. Tapi tak ingat nama tempat tu kat mana.

@na said...

waah...exclusive betui restoran pokok pisang ni...nyaman, mcm terasa sepoi2 angin dari bendang....

mario said...

nmpk menarik kedai ni...mahal tak?

TukangKebun said...

Best hilangkan kusut di kepala sambil menikmati juadah dan pemandangan.

nadia rashid said...

Nyaman nyer..ini ada bertambah 2 3 kali mkn mcm ni..

Lydia Miza said...

Salam sudais,
Lawanya restoran tu. mendamaikan. Harganya okey x? Saya ni ngeri nk masuk restoran lawa2 nih, mau2 lempeng nyoir harga biasa 2 ringgit jd 5-6 ringgit nnt. Ala-ala harga bistro gitu

Kakzakie Purvit said...

Nyamannya kakak tengok. Kalau kakak dah tak fikir soal makanannya bila tengok lokasi yg cantik, sejuk dan santai betul tempatnya.

tehr said...

ada tempat tidur tak?
ni macam best je layan tidur kat tengah sawah

sud@is said...



Honey
WSalam

Kalau datang lagi singgahlah tempat yang cantik dan menarik ini,,,karinya umph..ikannya fresh, lempeng nyok terbaekkk

Harga berpatutan...hehe macam promote pula...

@na
Kalau datang tentu nak datang lagi kan..jom breakfast peknga cicah kari ikan kembung...

mario
harga berpatutan ikut pasaran...

TukangKebun
Makan bertambah-tambah sebabkan kenyamanan suasana tempat...tambah tiupan angin lembut...

nadia rashid
sure bertambah diana...

ummi aqilah (LM)

WSalam LM
Tempat menarik , tapi harga tak la sampai serik LM... Peknga panas pun biasa2 ja....

Kakzakie
Jemput singgah kalau kemari kak...rasai nikmat hidangan nya...

teh ramuan
Boleh ja nak tidor rasanya, selepas makan, tapi kena charge lebih sikit la cikgu.. ada bran!!!

Hasna Adli said...

Kami sekeluarga br jer makan thari kat situ, on the way nak balik KL. Tgk ramai orang, Alhamdulillah dapat tempat dudukk juga. Suasana mmg nyaman, tapi bagi saya agak mahal untuk makan thari Rm86.50 bagi tiga pinggang nasi. Pinggan saya sayur lemak dan ikan tuka msk asam. Suami ambil ulam, sepotong daging dan ikan kembung kecil masak asam pedas. Anak yang lain taknak makan, tp saya ambilkan satu pinggan nasi lauk telur dadar dan ikan goreng biji nangka. Tambahan menu, ikan talapia bakar besar besar tapak tangan. Air sirap bandung 1 jug dan air sirap laici 1 jug. 1 jug lbh kurang utk 5 cawan.
Kalau makan seafood, tak hairan dgn harga tu tapi dgn menu yg begitu, bagi kami agak mahal. Makan di KL, biasanya range harga kami sekeluarga Rm 50 ke bawah. Lagipun malam sebelum tu, kami makan di kuala perlis hanya Rm87 ,makan udang, ketam dan sotong.
Tapi takpelah, mungkin bukan rezeki kami.

Anonymous said...

Nasi Putih 2 pinggan+daging bakar sekeping+ikan talapia bakar sebesar tapak tangan+ sayur+ulam plus air asam boi+teh ais=RM 43=agak MAHAL jugak..agak2 la nak ambil untung pun..baik pergi makan di Restoran Hijau Kuning Ikan Bawal Goreng Panas2 Mergong..lagi sedap dan murah..