May 20, 2014

Tuaian hijau

Nampaknya tuaian hijau menjadi rezeki kali ini...kucai, cili api, cili hijau, limau kasturi dan tomato ceri.



hidup kembali selepas hujan sejak pupus musim kemarau

Khasiat dari wikipedia

Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.

Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim.
Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas.
Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.

tuaian kali ni bagi kat kawan-kawan

Kucai adalah sayuran yang senang dijaga, boleh hidup dibawah terik matahari dan dibawah teduhan pokok. Sekali tanam saja boleh tuai bertahun-tahun (ikut kata jiran).

Serangga perosak pun tak suka hampiri pokok kucai mungkin baunya ...

Khasiatnya mengikut wikipedia, antara lain sebagi antiseptik, melancar perjalanan darah dan kesihatan usus...

5 comments:

Lydia Miza said...

Seronok menuai kan?

LM ada dua pasu kucai, blh jugak dibuat sayur campur toge atau buat cucur udg

nadia rashid said...

Byk nya kucai...kt umah sy tanam juga tapi mcm rambut yg jarang

Normala Saad said...

Kucai cukup berbaloi ditanam dan tahan lasak pula tu.

Honey said...

Whoa banyaknye tuaian.. happy nye

hijaudaun said...

meriah kucai tu. jeles la. saya tanam kucai tak tumbuh2. dah give up. :<