Jun 5, 2014

Pokok Janda Kaya

Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Mussaenda erythrophylla merupakan sejenis pokok yang biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat, di taman  atau ditepi jalan sebagai penyeri jalan. 

Pokok janda kaya ni yang saya pernah lihat mempunyai 2 jenis warna iaitu warna  merah (pink) dan putih.. Tak tahu pula kot ada warna lain selain 2 warna tu...

Bahagian batang, daun dan akar pokok ini mempunyai khasiat perubatan..(hasil google)
Antaranya boleh membantu membersihkan darah, penawar racun, pitam dan sengal-sengal pinggang. 

Khasiat bunganya belum ditemui lagi...

Gambar diambil di kawasan perkelahan Lata Bukit Hijau

Teringin juga nak tahu dari mana asal namanya yang begitu glamour...Dok agak mungkin bunganya yang mewah, mewahnya bunga hampir tidak kelihatan daunnya. 


kelopak bunganya seperti daun..
Mungkin anda mengetahui lebih tentang bunga/pokok ini...boleh kongsi disini...

15 comments:

Shila said...

Kita suka kutip bunga kecik kuning tu.. pastu buat rantai..bajet2 princess.. hahaha

Shila said...

Kita suka kutip bunga kecik kuning tu.. pastu buat rantai..bajet2 princess.. hahaha

nadia rashid said...

kt umah mak sy ada color putih...mungkin lah dr segi sifat nya yg nampak berhias sgt (berbunga lebat) mcm janda kaya hahha

@na said...

jarang nmpk dah pokok ni, kat kg byk la...tk tau plk ada khasiat perubatan...tq

kakrose said...

yang akak tahu pun ada 2 warna bunga.senang jer orng dulu2 bagi nama..nama yg senang di sebut..hehe

Normala Saad said...

Pokok ni start famous masa tahun 70an dulu...rata2 rumah kat kampong kak tanam Janda Kaya ni...

Ibu Qistina said...

Assalam Sud@is,

saya pun suka sangat pada bunga ni...nampak mcm kertas biasa tp warna dia cantik. Nama sangat unik. terfikir juga ape kaitan bunga ni dengan janda kaya. hehe

TukangKebun said...

Memang rajin sarat berbunga tak putus-putus. Zaman dulu memang cukup popular di halaman rumah.

suka suka said...

Lekas Highway ada yang warna merah menyala.. cantik juga

Fida Z Ein said...

Dulu ada tanam kat kg....tapi dah ditebang....sedihnya....

sud@is said...

missShila Nget
Wauu comey nya zaman ni.....

nadia rashid
Warna putih pun cantikk kan.. gebu jaa, betul lah bunga lebat mewah tu kot ada kaitan janda kaya

@na
Cantik pokok ni kalau dibuat landskap jalan kiri kanan dengan selang seli warna merah putih kan @na....
ntah bunganya boleh buat sirap kot....ada bran?

kakyon
Saya pun tahu 2 warna juga...nama glamour sangat tu....

Normala Saad
Agaknya masa tu pokok ni paling cantk dimata...famous 70an....

Ibu Qistina
Waalaikumussalam

Sama la kita masih tercari-cari kot mana ada kaitan denga janda kaya.....biasnya janda kaya klau ikut pengarah filem wataknya melaramm, pakaian mahal2 gituu...heheh...

TukangKebun
Rasanya bunganya tak bermusim...

suka suka
Tentu cantik menaraik kalau merah menyala, saya belum terjumpa lagi...

Fida Z Ein
Boleh tanam balik cantik apa....

Tie HT said...

oooo janda kaya nama dia
memang sesuai sebab bunganya lebat :)

Lydia Miza said...

Salam

Saya x tau pun ada khasiatnya pokok ni. Baru tau psl khasiatnya:)

tehr said...

untung kalau ada janda kaya
dapat juga buat berteduh
hehe

Unknown said...

Betul ke ni ubat...