Jul 6, 2014

Sedekah dari tanaman

Kongsi disini, sedekah dibulan puasa ganjaran pahala berganda
moga ada manafaat bersama.

Daripada Anas r.a.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
  
"Setiap orang Islam yang menanam tanaman atau tumbuhan kemudian dimakan oleh manusia, burung atau haiwan, semuanya itu menjadi sedekah baginya"


 (Riwayat daripada al Bukhari dan Muslim)






burung tentu suka

Bahkan jika tanam tanaman dan buah buahan yang berfaedah dimakan oleh binatang atau manusia hatta jika dicuri oleh manusia sekalipun tanpa pengetahuan tuannya, namun tuannya tetap mendapat pahala walaupun tiada dengan qasad atau pun niat.

Para sahabat tidak cemburu pada harta orang kaya tapi cemburu pada pahala dan ganjaran sedekah.


sumber rujukan Hadis 40 Imam Nawawi( karangan ustaz zahazan mohamed)








8 comments:

ctpayong said...

assalamualaikum wbt.

betol sangat. bersedekah kerana Allah itu satu perbuatan yg sangat terpuji. hatta sekalipun memberi makan haiwan juga di kira antara perkara2 yg baik kita lakukan di permulaan hari.

Jari Manis said...

Sedekah boleh d buat dlm pelbagai cara :-) tp itu pokok apa eh x pernah nengok

Kakzakie Purvit said...

Ye betul tu Su. Sebab itulah pokok buah-buahan kat kampung hubby kakak 90% yg makan adalah tupai dan monyet.Ikhlaskan ajelah. Yg pasti arwah mak/abah dpt ganjarannya...

Mulberry tu tak nak sedekah kakak ke? hihi...

kakrose said...

tak dpt bersedekah dgn wang ringgit..tenaga dan senyuman pun boleh..apatah lagi dgn ilmu yang di kongsi.
Sud@is..semaikan pokok mulbarry tu,dah berakar pos kat akak, akak nak beli..

Honey said...

Salam Sudais,

Awat tak kutip buah tu? Manih ka?

Lydia Miza said...

Dah masak ranum buah tu. meh la sedekah pd saya. Kisar buat jus sedap tu

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah rasanya minggu lepas banyak mulberry menjadi santapan burung atau tupai.

Mario said...

mana nak dpt benih mulberry tu ek?