Aug 4, 2014

Antara Ketupat dan Lemang...

Walaupun baru seminggu kita beraya jenuh dengan hidangan ketupat dan lemang juga rendang, tapi keinginan untuk makan ketupat lemang masih terasa.

Dulu semasa dikampung hanya kenal ketupas palas sahaja , boleh dikatakan takada langsung  hidangan lemang dirumah-rumah yang dikunjung (dikampung den). Tapi sekarang jualan lemang bersepah ditepi jalan, cuma susah nak cari lemang yang sedap dengan tekak kita. Nasib tak baik dapat lemang yang mentah, keras dan yang tak patutnya ada yang dimasak dahulu kemudian baru dimasuk kedalam buluh dan hanya bakar sekejap..huhuh ,,,lama juga serik beli lemang....

Bahan-bahan utama ketupat dan lemang lebih kurang sama, iaitu pulut dan santan. Ketupat menggunakan daun palas(ada yang x kenal daun palas ...hehe) untuk membungkus dan cara masaknya dengan merebus. Manakala lemang menggunakan buluh (khas buluh lemang bukan buluh sebarangan ya) dan cara memasak dengan membakar....

sumber ..umistore.blogspot.com.
inilah rupa pulut yang telah siap dibungkus tapi belum direbus..



sumber : senahcorner.blogspot.com
Ketupat yang sudah masak ....ada berjagung, kacang dan pulut hitam, yang mana satu kegemaran anda....kena rasa ketiga-tiga nya dahulu.



Untuk menghasilkan lemang yang sedap selain resepi yang sedap, cara-cara pembakaran lemang juga
menjadikan lemang itu sesedap rasa ...disini

sumber:  http://www.hasrulhassan.com


Sebatang lemang ikut pada saiz buluh, dari  RM14,  15, 16,  17 dan 18 pun ada....


Bagaimana harga ketupat dan lemang ditempat anda?


Jamuan raya  @ open house hidangan utama semestinya ketupat/lemang dan rendang......





6 comments:

Lydia Miza said...

Salam..

Ketupat biasanya bonda dan ayah mmg buat. Sy hanya mkn ketupat satay je sbb nipis x tebal. Ayah dan hubby buat ketupat satay mak buat ketupat bawang sbb puas mkn besar katanya:)

Lemang pula kat segamat msh dpt rm8 sebatang kecil tapi kat area kl selangor ni 13,14,16 ringgit tu harga biasa malah rm18 pun ada. Kesedapan? Kat kg lg sedap kot. Elok cantik rupanya dan lemak. Aritu beli kat kl berderai dan tebal keraknya. X berbaloi dgn harga

suka suka said...

Akak biasanya merujuk ketupat sebagai ketupat daripada beras.. ketupat pulut akak panggil ketupat daun palas.. harga lemang serendah2 dari rm 10 ikut saiz

@na said...

ketupat pulut mmg feveret la...cicah plk ngan rendang daging...fuhhhh...
sud@is,
tempek la resipi sekali...hehehe

Normala Saad said...

Tengok gambar-gambar ni...lagi2lah rasa nak makan ketupat. Time raya aritu makan gitu2 saja sebab banyak pilihan sangat...

Kakzakie Purvit said...

Di Johor jarang ada ketupat palas. Nak jumpa daun palas ini pun susah. Tapi ketupat daun kelapa rata-rata memang ada. Kalau rumah terbuka pun ketupat daun kelapa atau lagi malas ketupat plastik adabi/nona tu... dah tak best..

Rendang memang samalah..

Jari Manis said...

Dua dua Jm suka mkn urmm mkn ngan rendang nyum nyum nyum