Aug 30, 2014

Impiannya bukan jururawat

Kongsi cerita
Yang berlaku didepan mata (aku scanner)....gelagat manusia, antara tanggungjawab dan amanah.
Antara guru dan jururawat, aku rasa kedua2nya hebat..
tak ramai yang mampu dan kuat menggalas tangungjawab mulia lagi berat ini..


Bermula dengan,

Doktor: "nurse, nurse, tolong ambilkan saya fail AAA". laungan doktor dari meja doktor.
Nurse : Merungut, "sikit-sikit nurse", sambil memandang kearah doktor dengan sedia tersenyum,"Ya doktor, ya doktor", senyum lebar sampai ketelinga...(rupanya palsu)

Biasalah kan... Doktor akan memangil nurse yang digandingkan bertugas dengannya pada waktu itu untuk membantu dalam urusan perubatan....

Doktor : "Nancy".  (bukan nama sebenar) . Tolong  bla bla bla bla.....
Nurse : Apa lg dokter ni, smbil merungut "Baik doktor, baik doktor."..

Senyum meleret apabila bercakap dengan doktor, tapi mencebik kearah lain seolah menyampah dengan doktor apabila banyak memberi arahan itu ini....


Dihari yang sama, jururawat yang sama.

Nancy membantu seorang wanita agak berumur untuk naik kekatil selepas diambil darah oleh Pen Peg Perubatan......

Nancy: Perlahan-lahan ya mak cik, makcik sakit apa? makcik dah makan?
Makcik : "sakit orang tua laa"...

Nancy: "Makcik rehat dulu ya, sekejap lagi doktor datang" (kalau dengar suara , hai lembutnya)
Makcik : "Nurse tolong cari bantal makcik hilang"

Nancy : "Bantal makcik hilang? OOO bantal hilang,,, takpa2 makcik, bantal je hilang, bukan kapal terbang hilang" ........ sambil berlalu pergi, sekali lagi mencebik mulut....

Aku: Pasai pa?

Rupanya tangungjawabnya bukan impiannya..
Cita-cita asal ingin menjadi guru tapi tak kesampaian..sebabnya terlepas pandang semasa iklan guru keluar (alasannya...)
Aku: Tersenyum ,, oo ya ka cik misi (dalam hati, ntah x dapat kot)

Nancy: "Jururawat pun jururawat lah". sambil berlalu menyambung tugas.






5 comments:

ASaDa RyutaRo said...

ikhlas xdak ni..

cucubulat said...

pokok pangkalnya terimalah kenyataan,,dah rezekinya tuhan aturkan di situ..apa2 kerja pun ada cabarannya..dah kita sendiri yg isikan borang nak salahkan sape ye dak..ada orang aply guru x dapat bertahun2 masih mohon tak putus asa akhirnya dapat.

TukangKebun said...

Nurse pun boleh jadi guru. Bila dah banyak pengalaman menjadi pelatih atau guru dekat yang baru dapat sijil.

kakyon said...

macam2 perangai ada. kerana bukan minat dia..org sekeliling jadi mangsa.
samalah dengan berkahwin kerana terpaksa..anak jadi mangsa dera..huhu

teh ramuan said...

buat kerja dalam terpaksa memang menysahkan diri sendiri dan orang lain