Aug 10, 2014

Permainan yang hampir pupus....

Jarang nampak dah permainan ni,
kalau ada pun biasanya dikampung-kampung
tanpa gelanggang tanpa jaring
tapi meriah dan lucu pun ada..
masing-masing menunjuk skill
yang lama boleh timbang tu dikira hebat...

disuatu petang yang indah, cuaca pun cerah
sepak raga bulatan sebagai riadah ...
yang ni tak kira mata...
1, 2, 3, 4, 5, ...........

sumber gambar: fb dr azman

10 comments:

teh ramuan said...

wah, lama rasanya tak timbang bola raga ni
dulu2 sorang2 pun aku main benda ni
keluarkan peluh

TukangKebun said...

Dekat sebelah pasar local sini setiap weekend pelbagai generasi giat main.

Honey said...

Salam,

Kena tanamkan minat pada generasi akan datang lah cenggini supaya tak pupus dek masa.

Normala Saad said...

Kisah benar. Masa darjah enam murid perempuan kelas akak gila main sepak raga bulat ni. Murid lelaki jadi tukang tengok dan gelak...Dahlah waktu tu pakai skirt. Tapi kami buat syarat semua yang main mesti pakai short kat dalam. Cikgu pun tak komplen atau marah...

suka suka said...

Betul macam kata Kak Mala.. K Mar dulu sekolah perempuan.. memang kami main permainan ni..

mario said...

dah lama tak sepak bola ni...hehe

@na said...

hahaha...tak dpt nk bygkan k mala n k mar main sepak raga berskirt!!! hebat2

nadia rashid said...

Permainan ni fobia sy...suka tgk tp tgk dari jauh sebab dulu selalu kena bola taqraw tu..biol rasa berbintang bintang jap

Kakzakie said...

Sepak raga bulatan nama dia kisahnya. Kakak tahu main ini dulu masa kecik-kecik:)... itu yg kalau kena main bulu ayam (cap-teh) tahu tak Su? kakak boleh jadi juara tau hihi.... sekarang ni kalau diberi boleh tertiarap agaknya hahaha...

Jari Manis said...

Sepak raga bulatan? X pernah tgk org main huhuhu