Aug 14, 2014

Waktu mana boleh petik rosell?

Pertama kali tanam rosell, sebelum ni dok tengok kawan-kawan buat post tuaian rosell, cukup teruja...

Bila dah tanam tak tahu pulak bila waktu sesuai boleh petik bunga rosell ni?


macam ni dah boleh petik ka



Kalau nak buat sirap rebus bunga atau kelopak merah tu?
Saya memang tak tahu langsung tentang rosell ni.......


Tentu kawan-kawan ada tips pasai rosell boleh kongsi disini...tq

9 comments:

Ct Mar said...

Selalu saya petik lbh kurang 20 hari pas bunga gugur..buah dia yg buat jus..yg kelopak merah- merah..

@na said...

suburrrr nyerr...geram tgk, roselle renek kami dah lama berkubur...
Ct Mar bg precise info tu sud@is...

TukangKebun said...

Yang kelopak warna merah tu.
Dah nampak cam besar boleh je petik.

kakyon said...

benih beli kat mana sud@is.teringin nak tanam barang sepokok dua..

ummi aqilah (LM) said...

Dah blh petik dah tu. nmpk biji dia agak hitam tu blh petik dah. Sblm hitam pun blh petik juga.

Tanggalkan kelopak merah tu. basuh, rebus.. Biji x payah ye nnt air tu jd berlendir.

Dah rebus blh la tapis dan letak gula siap2 atau kemudian pun xpe

Biji tu nnt jemur lah sehari dua dan kopakkan .. Blh simpan dlm bekas. Nnt semai lagi.

Kalau kita tak petik semua dari pokok, nnt biji tu keringsan gugur kat bawah pokok. Dia hidup dan bercambah sendiri.. Hehe

Owh ye, utk buat jem pun sama juga cara, tapi LM blend saja kelopak tu, masak api slow, letak gula secukup rasa. Tgu pekat. Dlm sejam camtu dah masak dah jemnya. X perlu pekat sgt nnt dah sejuk dia lg jd pekat susah nk sapu kat roti. Pekat sgt nnt blh buat inti tart pulak. LM pernah buat tart rosselle. Hehehe

ummi aqilah (LM) said...

Err sat.. Br perasan. Gmbr yg pertama buah yg bahagian bawah tu yg blh petik. Yg gmbr bawah tu biarlah dulu

Awin said...

Dah boleh petik ni sudais. tak perlu tunggu lama. sedapnya air rosselle

sud@is said...



Ct Mar

Timakasih banyak bagi info...dan tq juga singgah sini

@na
Subur gila daun kot rasanya. tapi bunyanya x banyak sgt.
syukur alhamdulillah

TukangKebun

Tq TK, merah sirapnya cantik sekali dan jemnya pun ermm sedappp, jem pun adalah seciput...

kakyon
Saya beli kat Semua Menjadi kalau tk silap.

ummi aqilah
TQVM LM, atas ber petua yang panjang lebar, detail sekali dan sya pun dah merasa keenakan rosell dari kebun...ermmm.

Jgn jemu2 beru tips dan petua ya LM..


Awin
Tq Awin memang sedap bangatt air rosselle, jauh lebih sedapp dari yang dibeli ...



Jari Manis said...

Rajin nya sud@is maybe sbb ada kawasan tuk bertanam. Air rosell mmg sedap