Sep 4, 2014

Sepokok salad ..

Sebulan lebih lebih kurang camtulah....semai benih salad, kalau tak silap beli dari Blog Semua Menjadi. Bertuahnya hanya sepokok saja yang hidup, gerangan pemangsa apakah? sementelah tuan tanah jarang turun ke tapak semaian .

Pertumbuhannya sangat slow, kemungkinan salah teknik, tanah tak sesuai, terlebih/terkurang siram dan macm-macam lagi kekurangan ilmu tentang tanaman sayur sayuran....

Tapi takpa sepokok pun dah cukup teruja....apakah jenis salad ni pun dah terlupa....


Sumber gambar dari Vertical Veg

Home/Garden Website

Berangan suatu hari tanaman jadi macam ni....(macam sama ja salad ni)


12 comments:

Ibu Qistina said...

saya baru je beli benihnya.....tak menanam pun lagi. tgk sud@is punya teruja pulak nak menanam. Salad ni cantik sbb ada warna merah2 gitu. tetiba rasa mcm org putih pulak bila dapat tanam salad jenis mencabar mcm ni. hehe......

LiNa_Pg said...

Sedap tu makan salad segar dari ladang hehee..
Kalau tak silap nama salad tu 'lettuce'

Normala Saad said...

Jadilah..tumbuh juga hehee...

Umi Nazrah said...

saya suka makan salad ni. tapi ntah bila la nak menanam nya. ari cuti tak sempat. sedih :(

tiga lalat said...

Salam. He saya teringat garden salad di kfc.

insan marhaen said...

IM suka tengok orang menanam tapi IM penyegan. Tak macam abah IM yang suka tanam tapi tanam bunga...

cucubulat said...

sepokok pun jadilah wat percubaan,lama2 berpokok2 spt kt bwh tu.sy pnah beli benih salad lettuce ni tp x tersemai2 lg..huhu.

Tihara said...

bestnya tanam dalam botol
teringin nak buat :)

ummi aqilah (LM) said...

Mak aii salad pun tanam? Tabikkkk eh jeles gak. Nak gak tanam salad. Ekeke.

Sejak hamil mabuk kemain ni pokok mangga berbunga dan berbuah pun x perasan. Nmpk sgt x belai pokok dah skrg ni

nadia rashid said...

Ok da jugak su sepohon...at least nmpk ada hasil nya...suka salad ni boh dlm burger...

@na said...

betui kata nadia tu...w'pon sepokok tp puas!!!! kami blum penah berjaya lg, usahkan sepokok tumbuh pun dak hehehe...
tahniah

Ummu Madihah said...

Salam Sud@is,

Sepokok pun jadilah, ada juga. Mak Aji dah lama tak tanam salad ni, last dulu salad cina dari Tanam Sendiri. Mudah hidup dan sedap rasanya. Yang ni comey je, merah2 warnanya. Nak kerobek benih saladlah, rasa2nya ada lagi yang yg belum semai ni.