Sep 7, 2014

Kerabu daun selom

Daun selom atau daun ulam laksa, selain dibuat ulam boleh juga dikerabukan. Kerabu mentah yang senang dan simple untuk menu hari jumaat.

Resepi hentam saja,
Jom tengok dulu..

2 ikat daun selom dihiris halus
10 biji tomato ceri (kebetulan yg ada dikebun) dipotong nipis
Segenggam bunga telang dihiris (yang sedang berbunga lebat)
1 biji bawang besar dipotong nipis
2 biji cili merah+ 8 biji cili api ditumbuk+ belacan jika suka (yg ni tanpa belacan)
1 cawan kelapa parut yang putih diblend halus (kalau rajin tumbuk lg sedap)
1 sudu besar kerisik
1 biji air limau nipis
sedikit halia ditumbuk lumat (jika suka)
garam secukupnya.
3-4 ekor ikan kembung dibakar dan ambil isinya.

Cara menggaulnya...
Campur kesemua bahan tumbuk dan yang dipotong kedalam bekas (kecuali daun kesom)dan gaul sebati, rasa asam garam dan kepedasan mengikut kesukaan masing2.

Akhir sekali masukan daun kesom dan ikan bakar yang sudah dihancurkan. Gaul lagi sampai berpalut.

Siap untuk dihidang.....

bunga telang hilang ....


makan bersama sambal petai bilis dan ikan bakar..

Cuba rasakan keenakannya..

Mungkin ada yang suka.... belum cuba belum tahu..atau anda ada resepi daun selom cara lain boleh kongsi disini....


untuk kerabu akan datang....







17 comments:

Normala Saad said...

Tengok tu..sud@is pun bikin cair air liur juga hujan2 ni...tadi Nadia.Mmm..macam berjanji dia orang ni...bikin hati kak tak keruan..
Ini resepi berlajar dari sepupu di penang. Ramuan dia seakan sama di atas cuma bunga telang dan kelapa tu tidak taruh. Ikan kembung tu diganti dengan ikan sardin. Makan nasi panas2...sedappp..

cucubulat said...

salam sud@is,,sedapnya kecur air masam2 pedas,,huhu
sy pernah buat kerabu sotong boh daun selom atau ulam raja.

Ummu Madihah said...

Salam Sud@is,

Mak Aji baru tanam semula daun selom. Bila dah elok boleh tuai nanti boleh cuba kerabu ni! Sedap lagi mengancam nampak!

tiga lalat said...

Salam. Hee saya pun tidak pernah mencuba daun elom ini.

Anonymous said...

It is really a great and helpful piece of info. I
am glad that you simply shared this useful info with us.
Please keep us informed like this. Thanks for sharing.


Have a look at my web-site :: Pou Hack Tool

insan marhaen said...

IM jarang makan kerabu. Mungkin sebab tak biasa dari kecil.

Tapi kalau makan sebagai ulam....ok!

Kakzakie said...

Bca senarai resepi yg diguna sedapnya dpt kakak bayangkan. Tapi satu yg kakak susah nak dapat. Bunga telang tu kakak tak ada. Pasar tempat kakak sah memang tak pernah jumpa...

❤Kamsiah❤ said...

kalau dapat,sepinggan pun licin dimakan mcm tu ja..

Ibu Qistina said...

sedapnya sud@is resepi kerabu pakai isi ikan lepas tu ada edible flower si telang sekali dalam resepi. harus la di cuba....... :D

nadia rashid said...

Suka dengan kerabu selera mkn nasi...tapi selom tu antara yg belum berjaya tanam lagi...nampak nya kena beli lg untuk buat kerabu...terliur plk

@na said...

daum selom tu tnm jgk ke sud@is? kerabu2 ni mmg feveret la...feelin habih la tgk ni..

Julie M said...

Yummy...nak tanyalah, amcm tanam pokok selom tu? Guna keratan btg dgn akarnya skali @ tanam je x pyah sertakan akar? Thanks...

ummi aqilah (LM) said...

Bau mesti mesti terangkat kan?

Baru LM tau blh buat kerabu jugak si bunga talang tu

teh ramuan said...

ni yang aku suka ni
kerabu

apa2 jenis kerabu pun aku suka makan

TukangKebun said...

Wah kerabu.
Suka makan tapi tak terror nak buat.

sud@is said...

Normala Saad

Resepi asal tak ada pun bunga telang dan tomato tu , saya memandai ja tambah kak mala, nak anika color kunun...

cucubulat

W/salam
Nak try la plak kerabu sotong + daun selom ngan ulam raja, macam sedap ni...

Ummu Madihah

W/Salam
Sam saya pun keratan batang terus ja cucuk ketanah , nampk dah bertunas...

tiga lalat

W/Salam. Boleh la cuba lain kali tengok cemana, mana tau lepas ni tersangat suka..hehe

Insan Marhaen
Boleh belajar makan, ulam mentah berperasa tak payah cicah sambal belacan...

Kakzakie
Tak ada bunga telang pun ok ja kak zak, ada pun tenggelam rasanya begitu saja...

❤Kamsiah❤
Sedap juga diratah, mula nak rasa last nya jadi rasa semangkuk..biasa juga buat..

Ibu Qistina
Kena try buat dan rasa dulu kot, kat sini saya promosi ja lebih...hehehe

Nadia rashid
Yang jenis batang lembut ni kalau tanam cepat ja tumbuh, sbb ruasnya berakar macam kangkung....

@na
Selagi ada tanah tanam jgn tak tanam, tambah musim hujan, pokok tentu gumbira...

Julie M
Senang ja nak tanam keratan batang tu cucuk ketanah atau dalam pasu..Kalau dalam bekas berair pun ....ok juga...

ummi aqilah
Bunga telang tu saya tak ikut resepi...saja ja sbb ada kat rumah..

teh ramuan
Amalan pemakanan yang berkhasiat bagi kuat dan sihat cikgu...

TukangKebun
Makanan yang senang dan simple, ulam-ulam dipotong dan ditambah perasa pedas, masam,manis ikut selera...dah siap...

Petak Bunga said...

rasa mcm panggil nama lain daun selom ni..
lupa plk..