Oct 26, 2014

Buah pinang merah

buah yang gugur
Semasa nak masuk ke bangunan Celcom minggu lepas (atas urusan anak) ternampak setandan pinang merah diatas pokok yang sangat cantik. Kebetulan pokok pinang tanaman landskap tu disepanjang jalan masuk kesitu.

Juntaian buahnya yang berwarna oren kemerahan buat aku teruja, tanpa peduli kiri kanan dah,,,aku pun 'menyenap' sesuka hati....



Bermula dengan buah berwarna hijau, kuning, oren dan merah.

macam bola pingpong
cukup masak merah sekata.geram macam nak makan

akhir sekali kehitaman

Tak tahu pula samada pinang ni boleh dimakan atau buah hiasan saja...





21 comments:

Normala Saad said...

Kawan kak bgtau pinang ni sedap dimakan. Rasanya lemak dari pinang kampung/biasa.Tapi kak sendiri belum pernah merasa sebab time makan sireh pinang tak sampai lagi....hehee..

nadia rashid said...

Hiasan je kut....dulu2 pernah tgk Pinang diracik dengan cutter utk dikunyah dengan sireh

@na said...

lawa plk tgk...buah pinang ke buah palm sud@is? ni kat kancut kan?

Petak Bunga said...

Xpernh mkn buah pinang.
Kat kg, pernh tgok arwah tok buat mcm jeruk ke apa..letak dlm bekas..

LadyBird said...

salam kak... hihihi.. ingt lady lg x? sedihnye kalau x ingt.. huhuhuhu..

akak, pinang ni leh buat hantaran.. hihihi.. ganti pinang yg org makan tu.. sb skrg pinang tu dh hmpir nk pupus.. hihihi

LadyBird said...

Xdelah bz sgt kak.. bsy jd suri rumah.. hihihi.. bsns pun reti x reti jgk ni.. nk try buat kot blog plak.. huhu.. akk doakn ldy brjy deh..

Ummu Madihah said...

Salam Sud@is,

Pinang hiasan ni boleh makan ke? Jenisnya lain daripada pinang yang org buat makan dengan sirih tu, kan?

TukangKebun said...

Sini pun pinang nak mula ranum. Tapi pinang lain dari yang tu.

Gee Lion said...

masa pokok ni hidup subur depan rumah kitorang, selalu gak kutip buah2 dia.. buah tengah sedap ranum tu main baling2 memang rasa sakit kena kulit hoo.. heee.. keje nakal bebudak kmpung.. =)

Rini said...

mcm lazat je rupa pinang tu kan :)

Julie M said...

Assalamualaikum Kak Sud@is, cantik pula tgk pokok pinang ni, warna buah yg menarik...

NOOR said...

Comel buah pinang ni! Tapi pokok pinang susah nak jumpa di kampung. Pokok ni seakan merajuk bila manusia tidak menafaat darinya!

Kakzakie said...

Walau cantik dipandang jgn berani-berani pulak Su nak merasa dik. Tempat kakak sini pun kakak nampak sepanjang jalan ada pihak majlis ke developer tanam. Tengah masak juga - nampak cantik kan:)

ctpayong said...

assalam sud@is
kalau dulu mmg tak menang tangan nak memetiknya...sekarang sudah terlalu kurang orang menyireh (ada ke perkataan ni). maksud kakCT, makan sireh.

LiNa_Pg said...

Mmg unik buah penang ni kaler merah biasa kaler oren camtu...bentuk pun nampk bulat sket..kalau yg biasa tu oval

insan marhaen said...

kat pulau pinang ni tak pernah jumpa lagi malah pinang hat biasa tu pun dah semakin tak nampak dah...

cuma tinggal nama jer... pulau pinang!

ummi aqilah (LM) said...

Lawa... Sekalu petik buat main masa LM kecik2 dulu

kakyon said...

Tetiba tetingat lagu 'tanam pinang rapat-rapat..biar senang puyoh berlari..;)

Hana Syed said...

kalau nak makan sediakan kapur dan gambir skali..hihi

Kesuma Angsana said...

nampak menarik pulak lah kan !

teh ramuan said...

tak reti aku nak makan pinang
keras