Oct 29, 2014

Pokok pedang berbunga

Nama Botaninya 'Sansevieria cylindrica'. Ada yang panggil pokok pedang ,pokok keris, pokok tanduk, pokok lidah jin... tapi yang jelas nmpak macam adik beradik lidah buaya...

Asalnya anak pokok pedang ini pemberian kawan, dah lama tanam tapi tak juga berbunga. Rupanya baru tahu apa-apa pokok selepas dipangkas daun, akan galak berbuah (contoh mulbery) atau bunga (melur)....





Daun bentuk pedang yang bercerucuk dipangkas, (sbb takut terkena mata budak-budak yang selalu dok main badminton kat depan rumah waktu petang kadang-kadang malam, kanak-kanak pelapis pengganti Chong Wei), tak berapa lama tumbuh sulur kudup bunga...

Setiap kejadian NYA tentu ada khasiatnya...pada bunga dan pada pedang-pedang yang bercerucuk..

Info dari blog Dedaun Alam
Pokok ini juga ada nilai perubatan herba. Ia dikatakan dapat mengubati penyakit barah dan penyakit berkaitan urat. Keseluruhan bahagian pokok ini direbus. Kemudian air rebusan tersebut diminum.

Walahualam

Mungkin kawan-kawan tahu menahu tentang pokok ini, boleh kongsi disini..

Rabu pun banyak berkata-kata ...


16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Dekat rumah kampung kakak banyak pokok ni Su dan memang berbunga pun selalunya. Tapi kakak tak tahupun nama dan khasiatnya.

Baca N3 ini barulah kakak tahu. Kalau tanam atas tanah dia senang merebak tau Su (kat kampung biasalah kan).

AMIIZAA@Mieja said...

sud, saya panggil pokok pedang hikssss....

Wak Lat said...

Salam. Hee rajinnya tanam pokok.

Bunda_nora said...

Pernah tengok pokok ni....memang bentuk macam pedang...sesuai namanya pokok pedang....

Oo berbunga ye...tak tau pulak ada bunga..cantik bunganya macam bunga melur...

@na said...

rasanya penah tengok, sud@is....
sesuai dgn nama pedang hebat khasiatnya...
ni nk ngendeng ni..hehehe

Gee Lion said...

tak pernah tahu pun nama pokok ni..
lagi teruk..
erkk..
~.~'

Honey said...

Salam Sudais,

Eh pokok ni ada bunga ya? I tak pernah tau hihi. Oh ya! Dah buat tuna bun tu?

insan marhaen said...

Kalau daun yang hujungnya tajam dulu IM selalu tengok opah IM bubuh kulit telor di hujungnya..

TukangKebun said...

Bunga pokok ni memang mirip dengan lidah mertua

kakrose said...

KY tak perna nampak pokok ni Su..

tehr said...

ada juga tanam pokok ni
dan pernah juga nampak ia berbunga

LiNa_Pg said...

Sud@is suka tanaman mmg boleh geng la dgn Adry@dedaun alam...abang saya ler tu hihiii...dok kat langkawi nuuu..

Normala Saad said...

Sama bunga dia dengan pokok lidah mak mertua/jin

Anonymous said...

pernha jugak nampak bunga ni baru tau namanyer..

Lydia Miza said...

Cantik juga bunganya. LM tak pernah tanam pokok ni. Lbh keras berbanding lidah jin kan? Nmpk keras dan lbh tajam

Kamsiah yusoff said...

akak panggil lidah jin...tp tak pernah tgk yg berbunga...rupanya ada teknik jugak ya utk mengalakkannya berbunga