Oct 22, 2014

Gulai ikan temenung(kembung) Batas Paip

Gerai makan tepi jalan berdekatan Bernas tak jauh dari pekan Kuala Kedah (1km kot) )begitu famous dengan kari ikan kembung yang panas-panas dari periok dan ikannya yg fresh. Gerai makan ni lebih dikenali 'gulai temenung Batas Paip' .

Pernah dengar cerita dr orang disitu, tuan punya gerai makanan ada bot ikan sendiri.

Banyak masakan lain lg tp yg disebut sebut kari ikan temenung. Kat sini ikan kembung dipanggil ikan temenung.

Walau pun hidangannya ala makan tengahari tapi pelanggan yang datang memang untuk breckfast.

Sesapa yg datang ke Kuala Kedah boleh singgah dan rasa kesegaran ikan temenung yang tak dapat kat tempat lain, saja ja promot...harga berpatutan.

A
Breakfast pagi tadi kenyang sampai tengahari .

Kat situ juga ada anika kuih talam seperti kuih seri muka(pulut sekaya) ,talam ubi kayu yg sedap, wajik, qasidah dan lain-lain lagi





10 comments:

Honey said...

Salam Sudais,

Apa specialnya gulai temenung tu Sudais?

Gee Lion said...

takleh bayangkan ikan termenung camne..
:P

@na said...

talam ubi kayu dia sedap tak sud@is?

LiNa_Pg said...

Wah menarik ni...kalau pi sana boleh gak try.Suka gak JJCM ni hihi

insan marhaen said...

Sekarang ini budaya makan nasi dah tak kira waktu.

Kat Permatang Tok Elong, tak jauh dari Bangunan UMNO Tanah Liat ada kedai makan bukan selepas jam 12 tengah malam hingga 12 tengahari. Lauk baru masak. Orang sentiada ada datang makan tak kira tua atau muda.....

Kakzakie Purvit said...

Gaya dah macam makan tengahari memanglah kenyang sungguh tu Su..

Kuih qasidah tu dpt nama agaknya dulu khas utk org yg berqasidah agaknya. Kakak tak dpt bayangkan kuihnya macam mana:)

NOOR said...

Perut kenyang senang hati..

nadia rashid said...

Ikan kembung Mmg best kalau yg fresh..nak tau fresh mata berkilat isi keras/pejal..badan nya berkilat dan agak berlendir...kalau kt kemaman ni fresh x kena ais lagi..nnt boleh cuba kari...biasa sy bakar saja cicah air asam

tehr said...

sarapan paagi enyang sampai tengahari
hehe
macam ni la yang aku selalu buat
awal2 pagi dah makan nasi

kakrose said...

Orang tua kata pagi2 mkn nasi sampai kenyang..perut sejuk hati pun cool jer..kerja pun beres.
Perut kenyang hati senang, kerja pun kencang..hehe