Oct 21, 2014

Labu ganti tempat roselle

Kali kedua mencuba labu manis kuning, semaian biji benih dari labu yang dibeli dari market, tengok macam mana pertumbuhannya, sesuai ke tidak.


daunnya plain tidak berbatik seperti dulu
adakah labu yang sama, daun hijau putih

Berharap tidak jadi seperti kali  pertama tanam dimana bunga lebat tapi semua bunga jantan. Ada 3 biji berjaya membentuk buah labu hanya sebesar duit 20 sen, lepas tu perlahan makin kuning , layu dan kering.

Akhirnya daun jadi kerinting, kata jiran terlebih baja ....sebenarnya tuan tanah kurang arif tentang habitat labu - tentang tanahnya, airnya cuaca dn banyak lagi..



9 comments:

LiNa_Pg said...

Sama pun tanam labu dlm pasu,berjaya hidup subur 3 pokok,tp dikerjakan si kecil sy..tinggal sepokok jer sampai sekarang...tp bab berbuah nsib kite serupa jd bila bunga hmpir luruh,buah pun turut kecut..sebijik pun tak dapat hasil huhuu

Normala Saad said...

Ada baca dalam satu blog tu dia tunjuk teknik pendebungaan cantuman bunga jantan dan betina. Ambil bunga jantan tekap dibunga betina dan ikat.

kakyon said...

tak rugi mencuba Sud@is..ilmu dikutip melalui pemgalaman. kalau menjadi boleh sebarkan ilmunya untuk menfaat bersama :)

Diana Rashid said...

Ha ah..saya pun tak berapa tahu tentang tanam labu ni..sesuai kat tanah lembab atau kering?/

AMIIZAA said...

Sud@is samalah labu yg tanam dulu labu jantan...rupanya labu ni Kena merayap baru Buah lekat...

Honey said...

Sudais,

I pon dulu punya nasib yang sama. Banyak putik tapi tak lekat. Hanya dia biji saja dapat di tuai. Guna berus lukisan yang lembut yang hitam tu, berus pada debunga jantan dan letakkan debunga jantan di stigma bunga betina. Cuba u tgk hasilnya.

teh ramuan said...

aku ni lagi la tak reti bab cucuk tanam
setakat nak siram air tu tahu la

rokiah Abdul hamid said...

semoga berjaya..nanti akan dapat hasilnya.>Amin

nadia rashid said...

Labu biasanya nk tanah berpasir skit kan...sy pun x berjaya lg takat ni...biasanya daun akan diserang alphid sampai kekuningan dan kering dgn sendiri