Oct 30, 2014

Marigold segar musim hujan

Projek landskap bandaran menanam banyak pokok-pokok bunga benih dari siam. Marigold salah satunya, tapi yang ni bunganya  tidak berbau tengit seperti marigold kampung, tempat aku panggil bunga tahi ayam...

Khasiat dari bau kurang nyaman baik untuk `menyah' gangguan perosak dari mengganggu pokok-pokok tanaman lain.

Masa mula tanam dulu (bunga buangan bandaran) macam tak mau hidup,lepas sebulan alhamdulillah dengan rahmat hujan, berkembang juga putik-putik bunga yang dah ada.

Namun kami dibagitahu yang pokok ini tidak ditanam dari benih.





tidak berbau tengit macam marigold kampung



Bila tengok bunga yang kering, mengecut dan mereput , dok belek-belek memang tidak membuahkan benih, betullah seperti yang dibaritahu oleh pekerja bandaran hari tu. Pandai betul teknik pertanian orang Siam...

Kalau dah bukan dari benih, tentu dari keratan batanglah kot. Nak kena cuba tengok cemana jadinya.....kalau menjadi, rezeki..






18 comments:

Kesuma Angsana said...

wah cantik juga bila bunganyer berkembang begini yer

Honey said...

Salam Sudais,

Whoa geramnya tgk bunga tu. Marigold I bila lah nak besar.. tak sabar nak tunggu berbunga.

ctpayong said...
This comment has been removed by the author.
ctpayong said...


أٌلحَمْدُلِلَّهِ

nikmat mata...

Kakzakie said...

Itulah kalau yg macam biasa di kampung kalau kering kita boleh semai kan Su. Kena gigihlah Su mencuba cara lain.

Tapi kalau perhati daun aje samalah Su tapi bunga yg ini kakak rasa lebih cantiklah...

ummi aqilah (LM) said...

Cantik kuning nya...

Ooo patutlah lanskap skrg ni dorang guna bunga ni, rupanya tak bau mcm bunga taik ayam kg

Kat thailand aritu kalungan bunga yg dorang jual tp jalan pun guna bunga ni. Kami jd pelik... Kan baunya busuk, nape guna bunga ni. Hehehe

Julie M said...

Assalamualaikum Kak Sud@is,
bunga fav Julie ni, suka sangat tengok. Marigold yg Julie tanam pun masih kecil2 lg, x sabar nak tunggu bunga2 tu membesar.

TukangKebun said...

Besar pom pom marigold jenis macam ni.

AMIIZAA said...

salams sud,

ooohhh bunga nie mcm dah kurang org tanam.....bunga tahi ayam:)

Tiny gardener said...

Rasanya depa semai benih hibrid, lps tu depa guna keratan btg utk perbanyakkan pkk. Jenis hibrid ni kalau ada biji pun semai x brp menjadi & bunga x mcm asal.

Diana Rashid said...

cantiknya..bukan bau nya macam bunga matahari ke??

Normala Saad said...

Cantik marygold jenis ni

teh ramuan said...

nampak kembang mekar dengan megahnya
seronok tengok

Gee Lion said...

orang siam memang pakar bab2 menanam ni.. ^_^

LiNa_Pg said...

Berseri dan berwarna warni umah bila ada tanaman jenis berbunga ni...Rajin tul berkebun ya..

❤Kamsiah❤ said...

ingatkan semuanya berbau sama..tengik dan pening beberapa minit bila cium..rupanya ada spesis lain jugak ya

@na said...

ini antara pokok idaman kalbu...hehehe

kakyon said...

Pernah tanam dulu..lepas beberapa kali berbunga..pokok kering n mati. KY tak pandai nak biakkan..