Dec 7, 2014

Mengapa perlu minum jus lemon suam di waktu pagi..



`Jus lemon suam'  dikatakan mempunyai manafaat yang hebat pada kesihatan ..

Jom tengok apa kehebatannya. Tuan tanah pun teruja dengan ayat-ayat yang memukau....

1. Membantu penghadaman
lemon boleh merangsang bagi membersihkan hati dan membantu penghadaman asid untuk proses pencernaan.

sumber http://www.beliefnet.com

2. Menyokong fungsi kekebalan
lemon tinggi vitamin C dan asid askorbik yang mana boleh melawan selsema dan membantu penyerapan zat besi.

3. Bersifat alkali dalam badan
Jika badan kita berada dalam ketidakseimbangan pH kronik, ia mudah terdedah kepada penyakit. Walaupun kelihatan lemon berasid, ia sangat alkalizing dan cara yang baik untuk memastikan keseimbangan pH

4. Membantu Detox
Membantu menyah toksin dalam badan. Asid sitrik juga boleh membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.

5. Satu Energizer
Gabungan air dan lemon membantu menghidrat oksigen ke darah, menjadikan anda merasa hebat!


6. Memastikan Kulit Cantik
Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat dan antioksidan yang dapat memerangi faktor penuaan.

Nak kena tanam pokok lemon ni, sesuaikah dengan tanah kebun kat belakang rumah atau tanam saja dalam pasu?

sumber http://learni.st/categories/2400-healthy-eating

9 comments:

BungaTulip said...

Dulu rajin gak buat..skrg selalu tak sempat. pagi pagi kalut sikit nak siap gi keja.he..

Normala Saad said...

Aroma lemon ni memang menyegarkan...kat rumah kak lebih banyak guna dalam masakkan dari minuman...

LiNa_Pg said...

Sy pernah minum plain lemon tea yg suam2 waktu pagi..terasa licin jer perut cam kena cuci segala isi perut haha..

Kakzakie said...

Rumah kakak memang amalkan menggunakan lemon instead of limau purut yg tanam sendiri. Tanam lemon tak menjadilah pulak. Boleh katakan setiap hidangan kakak ada lemon tau. Apa lagi abang sekarang kena minum blended carrot putih kan pedas/payau kenalah perah lemon bagi baunya hilang.

Banyak fungsinya tanpa disedari.

Najib Ariyan said...

boleh kah saya menggantikan dengan vitamin C... saya makan Vit C setiap pagi

insan marhaen said...

IM pernah sarankan pada penjual air kelapa muda kat Guar Petai supaya campurkan lemon ke dalam air kelapa muda mereka.

memang awesome

suka suka said...

minum air lemon pagi-pagi dah jadi amalan akak sekarang.. insyaaAllah istiqamah.. mudah-mudahan istiqamah ..

Kesuma Angsana said...

my feveret ni minum se jug sehari pun abis ni !sedap & fresh

ummi aqilah (LM) said...

Yes detox!

Ingat lg masa zaman diet dulu masa ank tiga. Pg minum mlm pun minum. Laju gak berat turun