Dec 15, 2014

‘Simptom-simptom Gangguan Jin di Rumah & Premis Perniagaan’


dari fb Ustaz Sharhan Shafie


Perkongsian bersama
rawat sebelum terlambat
setiap penyakit ada ubatnya
kita berusaha hanya Allah penyembuhnya
dengan berkat solawat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Moga ada jalan keluar dari gangguan jin/syaiton yang sangat bahaya.
 
Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:

1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan
3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya
4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi
11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi
13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan
18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan
19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan
20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas
25. Tanda lebam pada anggota badan
26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
28. Terasa bahu ditepuk dari belakang
29. Terasa terkena renjisan air
30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat
dan sebagainya lagi…
PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua’lam.

sumber: http://www.feryco.com

6 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Sud@is,

Semasa kerja dulu Mak Aji pernah alami - tercium bau kapur barus di bilik. Panggil staf masuk, tanya dia. Muka dia pucat, "bau kapur barus," katanya. Mak Aji cakap "takpelah, nak kepastian je". Mak Aji buat tak tau je. Tak lama hilang bau tu!

kakrose said...

Baru semalam KY mengunjungi kedai mkn yg jd feveret kami..tapi x jumpa.berpusing bnyk kali tetap tak nmpk. Bila KY berhenti tempt yg KY biasa parking, duduk perhati satu satu kedai kt situ baru nmpk. Suram jer kedai tu..adal pelangan sorang dua..selalu penuh jer. Wallahuaklam

Kakzakie Purvit said...

Oh... banyak tanda-tanda yg boleh kita kena perhatikan. Kakak banyak tak tahu. Tapi macam takut pulak kan..

Capt Pepatung said...

Salam.. perkongsian yg menarik.. blogflying ke sini sgt berbaloi.. Tq 4 info..

paridah said...

perkongsian yg baik ni...yg kak tau bnyk premis niaga yg guna benda2 halus utk lariskan niaga mrk...

Lydia Miza said...

Bab guli tu ramai yg biasa lalui kan su. Huhu..