Jan 11, 2015

Masaalah dan penyelesaian dari Al Quran

Kongsi dari fb

Empat Masalah dan jalan PenyelesaianNya..
أربعة مشاكل وأربعة حلول
1- Jika Engkau diuji dengan Syahwat dan hawa Nafsu, maka periksalah SolatMu.
Firman Allah bermaksud: "Maka datang sesudah mereka suatu keturunan yang mereka telah melalaikan solat dan memperturutkan Syahwat hawa Nafsunya" [Q.S. Maryam: 59]
إذا ابتُليت بالشهوات فراجع حفاظك على الصلوات
{فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ}

2- Jika Engkau merasa keras hati, berakhlak buruk, dan sentiasa tidak berasa tenang, maka periksalah hubunganMu dengan ibumu dan baktimu kpdNya.
Firman Allah bermaksud: "Dan (Dia jadikan aku) berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka" [QS. Maryam: 32]
إذا أحسست بالقسوة وسوء الخلق والشقاء وعدم التوفيق
فراجع علاقتك وبرك بأمك
{وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا}

3- Jika Engkau merasa tertekan dan hidup dalam kesempitan, maka Periksalah hubunganMu dengan Al-Qur'an.
Firman Allah bermaksud: "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (Al-Qur'an- berdzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit" [Q.S. Thaha: 124]
إذا شعرت بالإكتئاب والضيق والضنك في العيش
فراجع علاقتك بالقرآن
{وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا}
Dan...

4- Jika Engkau merasa kurang tegar dan teguh di atas kebenaran dan sentiasa rasa terganggu dan berasa gelisah, Maka periksalah bagaimana perhatianMu terhadap nasihat yg engkau dengar dari orang2 yg menyampaikan Nasihat kpdMu.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pengajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menjadikan Iman mereka menjadi TEGUH” [Q.S. Annisa: 66]
إذا أحسست بعدم الثبات على الحق والإضطراب
فراجع تنفيذك وفعلك لما تسمعه من المواعظ
{وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً }

Moga moga Allah memelihara kita Mencari KeredhaanNya

Amin amin amin ya Rabbal'alamin


8 comments:

@na said...

Moga Al-Qur'an menjadi penyuluh hidup dunia dan akhirat...
Amiin.

Acik Erna said...

Terima kasih..ingat meningati pada yang mungkin terleka atau terlupa tidak kira tua atau pun muda.

insan marhaen said...

Dalam sujud terakhir, saya selalu memohon pada Tuhan muga Allah membantu saya dalam memperbetulkan semula langkah perjalanan ini yang selalu tersungkur di kaki nafsu...

Kakzakie said...

Satu N3 yg indah untuk dijadikan renungan pada diri setiap kita Su.

Julie M said...

Terima kasih utk perkongsian Ilmu ini kak, semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam hidup jika rajin membaca, mengamalkan & menghayati Al-Quran.

Najib Ariyan said...

nasihat2 yg baik... rahsia2 perkataan yg selalu terlepas pandan.... terima kasih banyak2

Cempakamelati said...

Memang bagus untuk muhasabah diri...cek mana yang kurang.

TukangKebun said...

Terima kasih berkongsi dapat ingatkan diri ini yang selalu leka