Mar 4, 2015

Dangai-kuih tradisi yang jarang dijumpai masa kini

Kuih yang agak jarang dijual dikedai atau gerai jualan kuih muih sarapan pagi masa kini, kalau ada pun dikedai kampung-kampung. 

Biasanya kuih dangai menjadi hidangan pagi dan petang.....sedap dimakan bersama teh o/kopi o ..yang sedap tu tentulah yang lembut dan bersari ....

tapi ada juga berhampas......

 


yang ni ada dijual digerai Pak Abas dekat kampung sebelah perumahan saya - memang sedap, laris sekali...harganya sebiji 50 sen shj...

 
(sumber: cikguert-suzana.blogspot.com) . acuan kuih

sumber: cikguert-suzana.blogspot.com. cara kuih dibakar..
 

Sesapa yang berminat dengan kuih ni boleh cuba resepi ni

Tq cikgu ERT resepi pun dari blog cikgu ERT 


Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:
1.  Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2.  Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam 
     dan gaul rata.  Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3.  Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4.  Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu 
     dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5.  Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6.  Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, 
     ianya tidak perlu ditekan.
7.  Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.


Tuan tanah belum mencuba lagi nii....dok makan yang kat gerai Pak Abas jaaa...

17 comments:

wanie ibrahim said...

saya suka sangat kuih ni!!

Kakzakie said...

Dulu kalau ada kenduri MIL kakak mesti buat kuih dangai ni. Di Batu Pahat memang agak femes juga. MIL akak buat dulu guna bekas kuih bakar yg tembaga bulat tu..

Tapi kakak tak pernah pun tanya macam mana nak buat. Pandai makan aje akak ni Su.

Elok juga Su tepekkan resepinya kat sini:)

AMIIZAA said...

tak pernah jumpa lagi ...

Normala Saad said...

Dangai ni kuih lama kegemaran arwah mak...sekarang kat tempat kak mana ada jual sebiji 50 sen dah...Itupun kelapanya kadangkala rasa berhampas atau tepung pulut ja lebih...tak sedap dan wangi mcm yg dulu2 punya kuih.....

kakyon said...

feveret KY ni Sue.ada jual kt pasar malam n selalu beli setiap mlm selasa..

paridah said...

kuih dangai la ni rasanya xmcm dulu tapi oklh sedap juga.

Najib Ariyan said...

kuih ni saya selalu jumpa kalau kenduri kahwin... manis dan lemak... sangat sedap... saya suka segala produk yang bermula dengan kelapa... susah nak dapat kalau jual biasa ni

Puan Kutu said...

kuih peberet aruah pak sy..tp betullah kt tmpt sy ni tak jumpa lagi kuih dangai.tetiba je teringat rasa enaknya.nk buat sendiri takda acuan..mana nak cari ni?uwaa

TukangKebun said...

Oh macam belum makan kuih ni.
Nak juga rasa.

@na said...

sud@is, kami panggil kuih ni Beko, tapi bentuk dia lain, mcm bentuk akok!
mmg sedap...

Honey said...

Salam Sudais,

Sedapnya! I suka! I suka!

Kak Mala,

Tu dia punya mahai 5 kupang?? Kat KL kuih baru 4 kupang.. Ingat sana lagi murah!

padin no said...
This comment has been removed by the author.
Bunda a.k.a KN said...

Betul tu...dah jarang ada kuih ni...ramai yg tak pandai buatnya...

Bunda suka...kat kpg bunda kat pekan ahad cangkat jering masih ada orang jual...masih sedap seperti dulu...

teh ramuan said...

belum pernah jumpa kuih macam ni
biasa petang2 aku makan biskut je
celup dalam air kopi

Tihara said...

saya suka kuih ni
kawan arwah mak dulu jual kuih ni
tapi sekarang dia pun dah takde
rinduu

yen(toka ziizokukuto) said...

uwh dangai namanya,,selalu gak makan,,tapi tak tahu nama,,,nice sharing

ummi aqilah (LM) said...

Sdpnya...

LM suka sangat dangai. Dulu pertama kali mkn x sedap. Mmg set kat kepala x sedap. Rupanya org tu pakai kelapa tua mmg la x sedap. Skrg ni pantang jumpa:)