Oct 26, 2010

Kepentingan Air Bagi Kita

Fungsi organ dalam tubuh dipengaruhi oleh aliran air dalaman untuk membantu menjaga kelembapan organ, menjaga darah dan kekentalan yang normal, mengawal suhu, membuang racun, keringat dan penafasan dan mengatur struktur dan fungsi kulit.


Lebih 70% tubuh kita terdiri daripada air namun tubuh juga kehilangan sekitar 4liter air setiap hari. 

Kekurangan air boleh membahayakan tubuh
Diantara gejala2nya ialah :::
  • berasa sangat haus
  • kehilangan keanjalan kulit
  • jumlah air kencing berkurangan
  • cepat marah
  • dan kebingungan
Beberapa risiko akibat kehilangan banyak air
  • gangguan pencernaan
  • sakit sendi
  • stress
  • tekanan darah tinggi
  • kolestrol darah tinggi
Untuk pencegahan awal minumlah air suam sebaik saja bangun dari tidur. Minum air waktu pagi mampu memberi kebaikan pada peti suara, usus, saluran peranakan dan saliran darah.

  • Minumlah sekurang2nya 3 teguk air setiap 30 minit
  • Sebelum waktu tengahari pastikan anda sudah minum sekurang-kurangnya 4 gelas air
  • Minum air untuk menjaga kegebuan dan kebersihan kulit
  • Untuk menjaga organ dalam badan
  • Untuk memberi tenaga
  • Penting untuk wanita hamil
  • Untuk mengelak mengantuk
  • Minumlah air dengan meneguknya perlahan-lahan untuk mengelakkan jantung tertekan



Selepas minum air manis, minumlah segelas atau 2 gelas air putih


Sumber Utusan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

8 comments:

touya said...

aku kekadang minum air sampai dua tiga botol sehari , tapi still rasa cam hidrasi

blog-tips-kurus said...

minum pelan2 supaya jantung x t'tekan? ooooo.... nice info. nanti nak link & u r credited!!

S..U..D..@..I..S said...

@touya - kalau camtu boleh tambah lagi sebotol tuh.....biar banyak air jarang dalam badan untuk sistem pengaliran

@blog-tips-kurus - biar perlahan asal selamat...tq cadangan tu..

Fantastic Ajane said...

very informative... nasib baik FA mmg jenis manusia yg minum 8 liter air sehari... x masuk kalu ari panas k... hehehe

S..U..D..@..I..S said...

@Fantastic Ajane - bagus amalan tu FA..sihat elak banyak penyakit..mudah2an

Tomato Gurl's Life said...

air memang penting..kalau xmakan 3 hari pun takpe..tapi kalau takde air boleh pengsan..

S..U..D..@..I..S said...

@Tomato Gurl's Life - betul ke ciktom..1 hr x makan pun perut berkeriukkk......ni kan 3 hr...huhu

S..U..D..@..I..S said...

@touya - kalau camtu boleh tambah lagi sebotol tuh.....biar banyak air jarang dalam badan untuk sistem pengaliran

@blog-tips-kurus - biar perlahan asal selamat...tq cadangan tu..