Oct 22, 2010

Pesan Tok Guru

Pesan memesan perkara yang baik, ingat mengingati satu sama lain, ilmu yang baik dikonsi bersama



Ni pesan guru ku...

Mata mengantuk nampak layu
mata keranjang berhati-hati
kurma madu dan susu
itu semua makanan nabi

hari jumaat pergi bersukan 
hari sabtu jalan kepekan
makan buah sebelum makan
ikut sunnah jaga kesihatan

berita utama berita sukan
tajuk kemalangan dimuka hadapan
sunat makan tangan kanan
dahului makanan yang dihadapan

setiap petang keluar bersukan
sihat fizikal cergas minda
jangan terus minum selepas makan
itu petua awet muda....mau enggak?

>>>>>>>>>>>>

minum susu dengan roti
kalau tak suka cuba capati
jangan diamal tidur pagi
otak lembap susah mengaji

garam halus garam kasar
semua ada dipasaraya
jangan tidur selepas asar
nanti bangun tak tentu hala
takut lama-lama jadi gilaa...

hidangan tengahari anika sayur
jangan lupa ulam pegaga
tidur sekejap sebelum zohor
badan cergas lebih bertenaga




terimakasih  guru ku... selalu ingat pesan tok guru

6 comments:

hentian said...

dan,

jangan amal tak makan pagi. takut nanti jadi sepertimana ibu_suri....

Unknown said...

ingat !! alaways,,ngee

sud@is said...

@Insan Marhaen - haa.. ibu_suri..cita apa tu....

@iszieylyanziy - inagat2..jgn lupa..

gnesop.com said...

peringatan yag baik.. thx

CIK TOM said...

bagusnya peringatan dr cikgu...nak ingat jgk!

sud@is said...

@gnesop.com - pesan memesan yang baik2 ....sesama kita

@Tomato Gurl's Life - jom sama2 ingat semestinya yang baik....