Nov 23, 2010

Kenapa Sombong?

Sombong, bongkak, riak, belagak, semua ini satu rumpun. Senang untuk mengatakan yang kita tidak sombong, tetapi kadang-kadang tuturkata, watak prilaku dan seumpamanya mencerminkan sifat buruk dari dalam hati dan terpamir secara sengaja atau tidak sengaja.

Kadang2 manusia sombong disebabkan beberapa perkara;

Harta
Memilki harta melebihi orang lain , rumah besar, kereta besar dan segala yang besar2.

Pangkat 
Pangkat yang tinggi tidak boleh dibawa mati.

Rupa paras
Rupa paras yang cantik sepatutnya disyukuri, bukan untuk 'dimegahi' atau ke jalan yang tidak diredhoi

Ilmu
Ilmu yang tinggi jangan kedekut untuk berkongsi kerna berkongsi ilmu tidak akan meluakkan apa yang ada malah akan menjadi lebih mantap.

Ibadah
Ibadah yang banyak tak payah lah nak sombong, menunjuk2 takut nnti, kosong tiada pahala.

Sombong, riya', ujub, semua tu hanya layak bagi Allah S.W.T. sebab seluruh alam ini adalah ciptaan dan kepunyaanNya, tiada siapa dapat menandingi NYA.

Kenapa sombong?
Peranan kita di muka bumi ini cuma satu, perhambakan diri kepadaNya yang Maha Esa, tiada yang lain. 

Kenapa sombong? 
Cuma sedikit banjir 4-5 hari, sudah kelam kabut. Sikit gempa bumi sudah cukup menggegarkan bumi, memusnahkan harta benda dan nyawa. 
Moga kejadian2 didepan mata atau apa yang kita baca akan menjdi iktibar kepada kita.

Hakikatnya, ramai manusia pada hari ini, sombong, sama ada sesama manusia, mahupun dengan Allah S.W.T. 

Seburuk-buruk kesombongan, adalah sombong dgn Allah iaitu dengan mengingkari perintah-perintahNya dan melakukan larangan-laranganNya, sekaligus melayakkan manusia itu diazab oleh Allah. 


Antara tip2 pesanan Tuan Khatib melalui Khutbah pada Hari Raya Qurban di Surau Intifak yang lalu yang masih aku ingat.

29 comments:

hamzah ian said...

sombong riak berlagak takkan ke mane.. hoho

biskut said...

manusia suka meletakan diri mereka di tempat yang tinggi supaya dia tak perlu mendongak manusia lain..ketika dia mendongak tiada sapa yang dilihatnya maka dia berfikir dia lar yg tertinggi..Makanya manusia selalu sombong yang berlebihan sehingga mematikan hati..

tehr said...

salah satu penyakit hati ni
insyaallah ada ubatnya

MsErma said...

kadang2 manusia ni sombong sebab nak tutup kelemahan diri sendiri..

Nordin said...

pujian adalah salah satu penyebab penyakit2 tersebut. so, elakkan memuji kecuali kepada Rasulullah saw dan Allah Taala

azhar said...

jadilah macam padi makan berisi makin tunduk....tp jgan terlalu merendah nanti ditindas..

Abu Luqman said...

salam...

tiada siapa yang kaya di dunia ini..
rezeki pun Allah bagi...kuasa pun Allah beri...jgn lah tunjuk kita ada kuasa..sombong dan menafikan hak orang lain di atas muka buki ini

Gayahspears said...

terase la pulak..huhu
sombongg ka Gayah ni bro???
harap2 Gayah tak dapat penyakit sombong ni...

Cik Moon said...

sikap sombong adalah salah satu penyakit hati... yg paling teruk ialah sikap sombong kita pada yg maha pencipta ALLAH SWT..

S..U..D..@..I..S said...

@hamzah ian - betul tu akhinya ketanah juga

S..U..D..@..I..S said...

@biskut - Kalu tinggi sangat nnt tak tercapai awan tak terpijak bumi

S..U..D..@..I..S said...

@tehr - mencegah lebih baik dari merawat betoi ka.....

S..U..D..@..I..S said...

@MsErma - kalu ingat cam tu silap banyak rasanya, lamakelamaan org tahu juga

S..U..D..@..I..S said...

@Nordin - mencari nahas namanya, rugi sendiri

S..U..D..@..I..S said...

@azhar - setju sangat

S..U..D..@..I..S said...

@Abu Luqman - sifat yang merugikan diri sendiri, kesian pada yg masih x sedar

S..U..D..@..I..S said...

@Gayahspears - Eh Gayah x sombong, gayah seorang peramah, nak kawan ngan gayah..hehe

S..U..D..@..I..S said...

@Cik Moon - mintak dijauhkan sifat2 mazmumah

Kalamhati said...

tu semua sifat2 mazmumah..nauzubillah..

zmah said...

Akak sombong ko?

apik pehe said...

sombong?ish2..apik paling x suke org camtu..kiter senyum,dia wat dek jer

S..U..D..@..I..S said...

@Kalamhati - kita semaikan sifat2 mahmudah, insyaallah3x

S..U..D..@..I..S said...

@zmah - semua yang datang kesini tentu tak sombong, eratkan silaturrahim..

S..U..D..@..I..S said...

@apik pehe - sama cam apik juga, tak suka org macam tu...

rubi @ cawan2 said...

sombong sebab tak sengaja.. huhu.. ade ker?

S..U..D..@..I..S said...

@rubi @ cawan2 - eh ada ka, tak pernah dengar lagi nih....

rubi @ cawan2 said...

sombong sebab tak sengaja.. huhu.. ade ker?

azhar said...

jadilah macam padi makan berisi makin tunduk....tp jgan terlalu merendah nanti ditindas..

MsErma said...

kadang2 manusia ni sombong sebab nak tutup kelemahan diri sendiri..