Nov 15, 2010

Sifat-sifat Penenang Hati

Senyuman

Senyuman adalah langkah pertama untuk mendampingi dunia sekeliling. Senyuman yang ikhlas boleh melembutkan hati yang keras, mencairkan hubungan yang dingin, menceriakan suasana yang suram , memberi semangat baru dan juga sebagai penenang jiwa gelisah.

Menghargai

Seringkali kita hanya membenarkan pendapat kita dan menidakkan hak pasangan. 
Kali ini, cuba berikan tanggapan positif. Nyatakan penghargaan dan pujian dengan ikhlas. Pujian yang ikhlas juga akan merapatkan hubungan.
Berilah penghargaan walaupun dengan ucapan terimaksih atas apa yang dilakukan.

Sentiasa Mendampingi

Berada bersama pasangan adalah suatu yang tidak ternilai. Keadaan sedemikian membuat pasangan merasa diperlukan dan disayangi. 

Pasangan akan mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih meyakinkan.

Pada yang berkasih, andai berjauhan kehadiran menerusi sms, telefon,(sangat dinanti) foto, atau internet juga amat dihargai.

Saling Mendengar

Kebanyakan pasangan lebih suka bercerita dari mendengar cerita apalagi cerita yang berjela-jela.
Keharmonian hubungan akan  lebih terserlah jika saling mendengar.

Beri perhatian pada apa yang hendah disampaikan tanpa banyak mengkritik. Berilah pandangan jika diperlukan.

Mengalah

Mengalah tidak bererti kalah. Masalah tidak akan dapat diatasi andai kedua2 tidak mahu mengalah. Apalagi hingga berlaku pergaduhan yang hebat. 

Pertimbangkanlah dengan waras, sanggupkah mengorbankan  hubungan cinta  gara-gara masalah yang kecil dan remeh?

Kesediaan untuk mengalah juga dapat  menyedari bahawa di antara kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Memberi Kebebasan

Tidak terlalu mengongkong terhadap pasangan.Tidak bermakna bebas membuat sesuka hati. Lebih memberi kepercayaan untuk bertanggungjawab pada perkara perlu. Memberi kepercayaan juga akan memberi keyakinan kepada pasangan.

Sebaliknya, menghadkan kebebasan akan membuatkan pasangan  stress.


Apa pula pendapat anda 

20 comments:

Abu Luqman said...

yang paling penting ialah terima panggilan atau sms orang tersayang..yang berada nun jauh di sana......

AngahSayang2314 said...

yg penting hidup bahagia heheheee

padin said...

hehe ni tips untuk berpasangan e, bagus2 ekekee

ct kamila said...

renung2 kan & selamat beramal..

hehe

:P

S..U..D..@..I..S said...

@Abu Luqman - riang ceria bahagia selalu harap g2

S..U..D..@..I..S said...

@AngahSayang2314 - Ya semua orang nak bahgia, semuga anda bahagia dismping keluarga terrrcinta

S..U..D..@..I..S said...

@padin - byk lagi tuh.....

S..U..D..@..I..S said...

@ct kamila - ya betul sangat tu, amal yang penting...

LadyBird said...

bahagianya andai ada org yang memahami hadir di sisi..

apik pehe said...

yang penting...errr..tibe2 dapat mesej "lev u"

S..U..D..@..I..S said...

@LadyBird - rasa diperlukan dan disayangi, mudahan ada la tu

S..U..D..@..I..S said...

@apik pehe - saat terindah akan jadi kenangan sampai bila2...

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji said...

terbaekk..saye sentiasa menghargai org2 yg follow blog sy..keh3..ade kaitan ke..ahakss..
"blog saya yg comot""

azhar said...

cinta yg sebenar ialah membahagiakn pasangan walaupun kadangkala dirinya x dpt memiliki cinta dr sidia....cukuplh melihat sidia berbahagia itu sudah memberikn ketenangan.....

S..U..D..@..I..S said...

@FeeZ~Hafizah~cucuatokaji - ada kot saling menghargai, penting tu

S..U..D..@..I..S said...

@azhar - berkorban apa saja?..wauu tinggi makrifat nih....

tehr said...

betul tu
mengalah bukan beerti kalah
berundur bukan bererti tewas

S..U..D..@..I..S said...

@tehr - jangan berundur... nnt dituduh penakut, maju kedepan..hehe, lawak je betul tu tehr.

Khairy said...

yup...setuju ngan semua tu, memang patut kena ada kat sume pasangan kalau nak bahagia...saje nak tambah, terima pasangan seadanya n banyak berdoa kepada tuhan untuk bahagia

S..U..D..@..I..S said...

@Khairy - ya selain ciri2 hebat doa dan tawakkal sangat penting dalam mengharungi arus kehidupan yang bagai gelombang