Senyuman
Senyuman adalah langkah pertama untuk mendampingi dunia sekeliling. Senyuman yang ikhlas boleh melembutkan hati yang keras, mencairkan hubungan yang dingin, menceriakan suasana yang suram , memberi semangat baru dan juga sebagai penenang jiwa gelisah.
Menghargai
Seringkali kita hanya membenarkan pendapat kita dan menidakkan hak pasangan.
Kali ini, cuba berikan tanggapan positif. Nyatakan penghargaan dan pujian dengan ikhlas. Pujian yang ikhlas juga akan merapatkan hubungan.
Berilah penghargaan walaupun dengan ucapan terimaksih atas apa yang dilakukan.
Sentiasa Mendampingi
Berada bersama pasangan adalah suatu yang tidak ternilai. Keadaan sedemikian membuat pasangan merasa diperlukan dan disayangi.
Pasangan akan mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih meyakinkan.
Pada yang berkasih, andai berjauhan kehadiran menerusi sms, telefon,(sangat dinanti) foto, atau internet juga amat dihargai.
Saling Mendengar
Kebanyakan pasangan lebih suka bercerita dari mendengar cerita apalagi cerita yang berjela-jela.
Keharmonian hubungan akan lebih terserlah jika saling mendengar.
Beri perhatian pada apa yang hendah disampaikan tanpa banyak mengkritik. Berilah pandangan jika diperlukan.
Mengalah
Mengalah tidak bererti kalah. Masalah tidak akan dapat diatasi andai kedua2 tidak mahu mengalah. Apalagi hingga berlaku pergaduhan yang hebat.
Pertimbangkanlah dengan waras, sanggupkah mengorbankan hubungan cinta gara-gara masalah yang kecil dan remeh?
Kesediaan untuk mengalah juga dapat menyedari bahawa di antara kita mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.
Memberi Kebebasan
Apa pula pendapat anda
20 comments:
yang paling penting ialah terima panggilan atau sms orang tersayang..yang berada nun jauh di sana......
yg penting hidup bahagia heheheee
hehe ni tips untuk berpasangan e, bagus2 ekekee
renung2 kan & selamat beramal..
hehe
:P
@Abu Luqman - riang ceria bahagia selalu harap g2
@AngahSayang2314 - Ya semua orang nak bahgia, semuga anda bahagia dismping keluarga terrrcinta
@padin - byk lagi tuh.....
@ct kamila - ya betul sangat tu, amal yang penting...
bahagianya andai ada org yang memahami hadir di sisi..
yang penting...errr..tibe2 dapat mesej "lev u"
@LadyBird - rasa diperlukan dan disayangi, mudahan ada la tu
@apik pehe - saat terindah akan jadi kenangan sampai bila2...
terbaekk..saye sentiasa menghargai org2 yg follow blog sy..keh3..ade kaitan ke..ahakss..
"blog saya yg comot""
cinta yg sebenar ialah membahagiakn pasangan walaupun kadangkala dirinya x dpt memiliki cinta dr sidia....cukuplh melihat sidia berbahagia itu sudah memberikn ketenangan.....
@FeeZ~Hafizah~cucuatokaji - ada kot saling menghargai, penting tu
@azhar - berkorban apa saja?..wauu tinggi makrifat nih....
betul tu
mengalah bukan beerti kalah
berundur bukan bererti tewas
@tehr - jangan berundur... nnt dituduh penakut, maju kedepan..hehe, lawak je betul tu tehr.
yup...setuju ngan semua tu, memang patut kena ada kat sume pasangan kalau nak bahagia...saje nak tambah, terima pasangan seadanya n banyak berdoa kepada tuhan untuk bahagia
@Khairy - ya selain ciri2 hebat doa dan tawakkal sangat penting dalam mengharungi arus kehidupan yang bagai gelombang
Post a Comment