Cuaca hujan dan panas yang tidak menentu adakalanya memebuatkan ramai yang jatuh sakit. Walaupun hanya selsema, penyakit ini akan menggangu aktiviti harian.
Cuba lihat tip-tip dibawah mungkin banyak membantu kerana mencegah lebih baik dari merawat.
1- Kurangkan makanan lemak berminyak
Lebih lemak lebih sedap, semua yang sedap itu mendatangkan penyakit, spt hari-hari kari.
2 - Banyakkan protin
Asid amino pada protin diibbaratkan pendinding sistem imunisasi yang menghasilkan sel darah putih dan zat antibodi.
3- Banyakkan bergerak
Hasil kajian riadah selama 45 minit selama 5x seminggu dpt meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
4 - Mendengar muzik
Mampu meningkatkan suasana hati ceria, bahkan dapat meningkatkan kekebalan tubuh.
5 - Bermanja dengan haiwan peliharaan
Menerusi kajian membelai haiwan peliharaan selama 18 minit dapat membantu meningkatkan sekretori immunoglobulin (lgA) yang membantu melindungi tubuh dari kuman.
6- Makan makanan 3 warna
Anika warna sayuran dan buahan membantu sel imunisasi melindungi tubuh dan membunuh virus selain mengandungi antioksidan.
7 - Makan bakteria baik
Pilihlah makanan atau supplement yang mengandungi probiotik.
8 - Elakkan tidur lewat malam
Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi, 7-9 jam sehari. Awas!! jangan berblogging sampai lewat malam. Kesihatan lebih penting.
9 - Berhobi
Lakukan aktiviti kesukaan/hobi
sumber asal dr info sihat, yang ni campur tolak dan dirojakkan.
22 comments:
tips yang baik dan perlu diamalkan ni.. Thanks yer..
point bermain dgn haiwan kesayangan....tp kalo asthma...??
tips yg ke-3 tu sy slalu buat...alhamdulillah kali terakhir gi klinik thn 2007....
@Hanis Azla - sama2 ..saya nak cuba yang ke 5 nak belai binatang...
@~Athirah's Aunty~ - menurut kajian hanya 18 minit sehari, itu pun belai sahaja tidak perlu gomol2, cium2 dan ada juga yang dibawa tidur sekali. Ini yang boleh menyebabkan asthma...ni pendapat saya.
@azhar - hehe....lama tu ..3 tahun
kalau gitu melepass lah nak makan char koay teow sg dua selalu, hik!hik!
tq so much!info yg sgt berguna..=)
tertinggal lagi stu...byakkan minum air masak!!! air masak jer ok....kurangkan minum air lain...air buah pon buleh dikonsider....
@Insan Marhaen - blum cuba lagi yg nie...hehe..sekali sekala boleh kot...jgn x langsung
@Kalamhati - sama2, slow2 ikut tip
@shapoji - tq2 yang penting tertinggal, 8 gelas sehari dperlukan.
Makan makanan yang high fiber kurangkan pengambilan makanan segera dan bersenam sekurang 3 kali didalam seminggu
sedap je si kucing dok atas riba aku sekarang
wah, berita baik tu...atok ado 9 ekor kucing....maksudnya atok kena peruntukkan sekor 2 minit untuk manja....huhu
iya manusia perlukan bakteria yang baik untuk menghapuskan bakteria jahat.
@akubiomed - betu tu, makan byk oat dan berkata tidak pada maggi, cintan.
@tehr - ishh aku x suka main2 ngan kucing, suka tengok dr jauh ja..camna nih.
Kena p rumah jiran nmpak nya nak belai kucing dia...
@Suhami Ahmad - eh byk tuu...atok, mintak sekor yang comey color hitam putih
@biskut - yang penting kita jaga makanan seimbang.. insyaallah
@shapoji - tq2 yang penting tertinggal, 8 gelas sehari dperlukan.
tips yang baik dan perlu diamalkan ni.. Thanks yer..
Post a Comment