Dec 11, 2010

Seruan Dari Kubur

Bunyinya memang menyeramkan tapi biarlah  kalau seram itu akan membuat kita lebih waspada dan bersedia. 

Tiga tahun yang lalu aku ada mengikuti satu kursus iaitu  "KESEDARAN PENCETUS PERKASA DIRI". Kursus motivasi juga ni, bunyi cukup mantap, selepas balik kursus masih mantap lagi pada awalnya, bila dah lama2 jadilah kureng mantap seterusnya hilang terus mantap tuh....

Selepas lihat balik kandungan kursus:
Yang aku nak share disini ialah segmen akhir kursus ada senandung zikir dan pesanan. 

Dibahagian akhir, sengaja bilik kursus dipadam semua lampu lalu dibaca pesanan dari kubur.. seram?...memang seram...

Kalaulah setiap hari kita dapat dengar pesanan ini tentu kita takut dan pasti memperhebatkan amalan sebagai bekalan dan lagi tentu tak berani hampir perkara2 mungkar. 

Kubur menyeru manusia sebanyak 5 kali sehari,

1.Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca AlQuran

2. Aku rumah yang gelap,
maka teranglah aku dengan solat malam

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
bawalah amal soleh yang menjadi hamparan

4. Aku rumah ular berbisa,
amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nangkir
maka banyaklah bacaan
'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasullullah
supaya kamu dapat jawapan kepadanya'



Pesan penceramah supaya kita jangan takut dan sombong jika melintasi kawasan kubur. Hadiahlah sekurang-kurangnya Alfatihah kepada ahlil kubur tersebut dan hendaklah ingat yang kita juga suatu hari nnt akan kesitu juga.



Sama2 kita memperkasakan diri..

1 comment:

ghost said...

baru jumpa..er sebenarnya baru timbul.hehe

apapun semoga kita semua punya persediaan untuk itu..