May 28, 2011

Jangan Jadi Baik Sangat..........

Hari ini perbuatan buli membuli dah sampai ketahap kritikal baik di sekolah rendah maupun menengah apa lagi di asrama makin menjadi-jadi....

Kejadian biasanya berlaku di luar pengetahuan guru atau pun penyelia asrama. Kenapa murid-murid sekarang begitu nekad bertindak diluar kewarasan?. Mungkin kalau seorang tak akan berlaku tapi apabila berada dalam kumpulan semuanya boleh terjadi.

Sebagai ibu bapa kita mestilah melatih anak2 supaya berani, kuat dan hebat dan ada masa pandai melawan bila berhadapan dengan situasi sedemikian..boleh ka macam tu.....(jangan lembut dan terlampau baik sehingga ada kawan ambil kesempatan). Tapi kalau dah semulajadi memang baik dan jenis lemah lembut.......


Dengan kata lain ibu bapa jangan terlampau manjakan sangat dengan anak2..biar dia pandai berdikari, pandai meletak diri, berani menonjolkan diri, aktif dalam kokurikulum. Keadaan ini banyak membantu anak2 membina keyakinan diri dan seterusnya pandai menyesuaikan diri dimana2. 

ceduk dr google
Kejadian seperti dilaporan kosmo hari ini seorang murid dibuli oleh kawan2 (masih sekolah rendah) sehingga mengakibatkan buta sebelah mata.

pendedahan dari drama, filem, tv atau internet membuatkan kanak2 ingin mencuba aksi ganas yg disangka hebat. 

Paling dahsyat pernah di laporkan  murid mati akibat dipukul rakan2 asrama kerana tidak membenarkan barangnya dikongsi.




Apa pandangan anda ...........
 

No comments: