May 7, 2012

Rembah disambar kilat

Dri Wikipedia
Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya. Sekiranya bunyi yang terhasil lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar.

Semasa kecik aku sangat takut dengan petir dan kilat (guruh ). malah sampai sekarang pun masih takuttt dengan dentuman dan panahan yang menyambar.
Kalau dengar guruh mesti tutup muka dan berlari peluk mak ayah....(diberitahu malaikat membunuh iblis)

Banyak kes yang mengakibatkan kematian dengan panahan kilat...

baca kes dibawah, amat menyayat hati.

Rebah disambar kilat


ALOR GAJAH: “Saya menjerit memanggil nama isteri beberapa kali sambil menepuk dan menggoncangkan badannya, namun tiada tindak balas,” kata C Mogan, 59, suami kepada N Danarachame, 56, yang maut akibat disambar petir di ladang getah di Rembia, di sini, pagi semalam.
Sebelum kejadian, mangsa bersama suami keluar rumah sejak awal pagi menoreh getah dan menghabiskan kerja mengutip susu getah sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah kerana hari hujan, jam 8 pagi.

Mogan berkata, seperti biasa, dia bersama isteri meninggalkan rumah untuk menoreh getah jam 5.30 pagi dan mengutip hasil torehan dua jam kemudian.
“Bagaimanapun, ketika memungut hasil getah itu, satu dentuman kilat kedengaran sebelum isteri rebah. Saya yang tidak jauh dari isteri berasa kebas seluruh badan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Sebaik disambar petir, isterinya jatuh tidak sedarkan diri dalam keadaan bekas getah masih terikat di pinggangnya.

Mogan berkata, dia cuba membantu isteri dengan menggoncangkan tubuhnya beberapa kali, namun tiada sebarang tindak balas sebelum bergegas menaiki motosikal keluar dari ladang bagi meminta bantuan.

“Melihat isteri tidak sedarkan diri, saya meninggalkannya sendirian 10 minit dalam ladang itu dan keluar menaiki motosikal meminta bantuan rakan membawanya ke hospital.

“Bagaimanapun, hospital mengesahkan isteri meninggl dunia ketika sampai di hospital selain bahu dan kaki kirinya melecur,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
sumber;-info-gallery.org


Sumber Harian Metro

8 comments:

insan marhaen said...

IM juga takut dengan bunyi petir. Selalunya masa kecil dulu bila ada petir di kawasan rumah, mak IM suruh IM laungkan azan.

Kalamhati said...

hmm mmg takut..
ada kes kt sini sorang remaja lelaki disambar kilat waktu dia tengah depan pc..meninggal jugak

Anonymous said...

Kena berhati2 bila kilatkan.

Eloknya tv pun kita jangan tengok waktu kilat2 begini.

sud@is said...

insan_marhaen
ya betul tu minta dijauhkan dari segala mara bahaya

sud@is said...

Kalamhati
Elok ditutupkan semua penggunaan dari punca letrik. HP pun off kan...

sud@is said...

Kunang-Kunang
Ya jangan duduk berhampiran tingkap juga...

tehr said...

masa ni la nak putus bekalan elektrik
siapa yang tak sediakan lilin memang akan bergelap

guest said...

sama arrr...dr kecik lg dah takut...