Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir
Pakar
psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di
peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti
asas.
Jawapan:
Sebaiknya pilih dulu baru baca review.
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>>
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda
dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan
mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan
kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap
perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif;
ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan
perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang
panjang; anda jarang berasa bosan.
2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda
mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda
menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam
pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan
menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang
dijangkakan daripada anda.
3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda
rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang
menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk
meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya
memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha
anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.
4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda
menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain
mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada
anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan
kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda
menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk
berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian
haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.
5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda
menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada
nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak
rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan
menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat
kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam
anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain.
Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai
idea-idea anda.
6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda
mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan
dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka
memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup
serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda
berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi.
Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup
anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.
7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda
suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda
dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda
bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan
diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda
mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering
menakjubkan.
8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang
sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja.
Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa
harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci
romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan
sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.
9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan
halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka
mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri
apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan
memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya
peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan
fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan
yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang
yang anda berkawan.
Anda bagaimana?
Sumber dari sini 1001rahsiadiri.blogspot.com
8 comments:
hehe...segan nak ckp...ada betul jugak tuu...
ciktom no 3..ada jugak betulnya..hee
Mario
sendiri tau sudah....
CIK TOM
hehehe..banyak betul ke ciktom.. kajian terperinci tuh...
hihihi KH rasa mcm kena je dgn KH no yg dipilih..tp biarlah rahsiaaa..=p
tak tahu nak pilih yang mana
huhu
sy pilih no 7..
ade yg kene jgak..;)
pasal delete pemakanan tu...adoi...
Kalamhati
ya lah biarlah rahsiakan..
tehr
hantam saja kalu salah jumpa saya dibilik guru...hehe
Nens Collection
pilih jgn tak pilih...kita tengok berapa yg kena...
Mario
hehe ..ter publish...
Post a Comment