Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T.
Sifat tidak senang hati sesuatu kelebihan atau nikmat yang dikurniakan kepada
seseorang.
Perasaan iri hati, hasad dengki saudara-saudara Nabi Yusof terhadapnya kerana mereka merasa Nabi Yusof lebih disayangi oleh bapa mereka diantara mereka adik beradik.
Mereka merancang untuk membawa Nabi Yusof kedalam hutan.

Petikan sebahagian dari Surah Yusof
Carita bermula
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".(4)
Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.(5)
Firasat bapanya menjadi nyata

Setelah mereka pergi dengan
membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam
perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan
kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat dan) akan
memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar
(dan tidak mengingatinya lagi)".(15)
Dan sesudah itu datanglah
mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.(16)
Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu dia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".(17)
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula
melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak!
Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima
akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNYA, mengenai apa yang kamu katakan itu". (18)
Sungguh tragis kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf diceritakan dari Ayat 1 hingga 111
Bapa mereka Iaitu Nabi Yaakob menangis merindui Nabi Yusof sehingga buta matanya.
Nabi Yusof diselamatkan dari dalam perigi oleh seorang saudagar lalu dijadikan anak angkat
Kisah Nabi Yusof digilai oleh puteri Zulaikha dan difitmah akhirnya dipenjara dan akhir sekali kebenaran mengatasi kebatilan Nabi Yusof menjadi pemerintah dan ditemukan kembali dengan keluarganya.
Berkatalah Yusuf:"Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah
telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Dia telah
melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara
dan Dia membawa kamu ke mari dari desa sesudah syaitan (dengan
hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku.
Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang
dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana. (100).
.
Bahayanya sifat hasad dan dengki sehingga memecah belahkan ahli keluarga.
10 comments:
hubungan adik beradik tetap kekal selamanya.... Jangan sesekali kita berhasad dengki sesama saudara kita... adik beradiklah orang yng paling dekat dgn kita selain sahabat handai......
Alhamdulillah. so far aku dan adik beradik saling hormat menghormati.
Dan ini yang selalu aku tanamkan di kalangan anak-anakku!
Alhamdulillah. so far aku dan adik beradik saling hormat menghormati.
Dan ini yang selalu aku tanamkan di kalangan anak-anakku!
Dari pemerhatian dan pergaulan, maaf cakap apa yg sering saya perhatikan adalah org utara mengalami masalah ini lebih serius berbanding dgn negeri2 lain..pelik juga
hubungan adik beradik sampai bila2 pun tak putus
perlu saling menghormati dan membantu
Wanzi
bak kata pepatah carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga...seeloknya jangan dibiarkan carik..
insan_marhaen
bagus tu IM menjadi pemimpin contoh dalm keluarga seterusnya masyrakat
ozzy
ya ka tuan,sudahkah dibuat kajian...
tehr
ya saling hurmat menghurmati agar perpanjangan ikatan kekeluargaan...
surah diatas memberi pengajaran.
adik beradik boleh berpecah disebabkan oleh pembahagian harta pusaka.. sangat memilukan.. sdgkan apalah sgt dgn harta dunia tu..tp kalau amat memerlukan, trs jugak di hati..
kalo boleh jgn la ade dengki2 ngn adik beradik..huhu
Assalamualaikum Sudais
kita berdoa agar kekeluargaan kita jahui drp hasad dengki
air yg dicincang xkan putus..
dl2 suka sgt dgr kisah nabi yusuf ni..
Post a Comment