Jun 22, 2012

Hasad dan Dengki Di Antara Adik Beradik

Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sifat tidak senang hati sesuatu kelebihan atau nikmat yang dikurniakan kepada seseorang.


Perasaan iri hati, hasad dengki  saudara-saudara Nabi Yusof terhadapnya kerana mereka merasa Nabi Yusof lebih disayangi oleh bapa mereka diantara mereka adik beradik.

Mereka merancang untuk membawa Nabi Yusof kedalam hutan.

Petikan sebahagian dari Surah Yusof

Carita bermula
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".(4)  

Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.(5) 


Firasat bapanya menjadi nyata
Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi)".(15)

Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.(16)

Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu dia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".(17)
 
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNYA, mengenai apa yang kamu katakan itu". (18)

Sungguh tragis kisah perjalanan hidup Nabi Yusuf diceritakan dari Ayat 1 hingga 111

Bapa mereka Iaitu Nabi Yaakob menangis merindui Nabi Yusof sehingga buta matanya.
Nabi Yusof diselamatkan dari dalam perigi oleh seorang saudagar lalu dijadikan anak angkat
Kisah Nabi Yusof digilai oleh puteri Zulaikha dan difitmah akhirnya dipenjara dan akhir sekali kebenaran mengatasi kebatilan Nabi Yusof menjadi pemerintah dan ditemukan kembali dengan keluarganya. 

Berkatalah Yusuf:"Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Dia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Dia mengeluarkan daku dari penjara dan Dia membawa kamu ke mari dari desa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (100).

.


Bahayanya sifat hasad dan dengki sehingga memecah belahkan ahli keluarga.

10 comments:

Wanzi said...

hubungan adik beradik tetap kekal selamanya.... Jangan sesekali kita berhasad dengki sesama saudara kita... adik beradiklah orang yng paling dekat dgn kita selain sahabat handai......

insan marhaen said...

Alhamdulillah. so far aku dan adik beradik saling hormat menghormati.

Dan ini yang selalu aku tanamkan di kalangan anak-anakku!

insan marhaen said...

Alhamdulillah. so far aku dan adik beradik saling hormat menghormati.

Dan ini yang selalu aku tanamkan di kalangan anak-anakku!

ozzy said...

Dari pemerhatian dan pergaulan, maaf cakap apa yg sering saya perhatikan adalah org utara mengalami masalah ini lebih serius berbanding dgn negeri2 lain..pelik juga

tehr said...

hubungan adik beradik sampai bila2 pun tak putus

perlu saling menghormati dan membantu

sud@is said...

Wanzi
bak kata pepatah carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga...seeloknya jangan dibiarkan carik..

insan_marhaen
bagus tu IM menjadi pemimpin contoh dalm keluarga seterusnya masyrakat

ozzy
ya ka tuan,sudahkah dibuat kajian...

tehr
ya saling hurmat menghurmati agar perpanjangan ikatan kekeluargaan...
surah diatas memberi pengajaran.

LadyBird said...

adik beradik boleh berpecah disebabkan oleh pembahagian harta pusaka.. sangat memilukan.. sdgkan apalah sgt dgn harta dunia tu..tp kalau amat memerlukan, trs jugak di hati..

Unknown said...

kalo boleh jgn la ade dengki2 ngn adik beradik..huhu

atuk said...

Assalamualaikum Sudais

kita berdoa agar kekeluargaan kita jahui drp hasad dengki

CIK TOM said...

air yg dicincang xkan putus..
dl2 suka sgt dgr kisah nabi yusuf ni..