Sep 22, 2012

Masih Ada Peluang..

Semasa blogwalking di blog Kerdipanrohani ,
Dari video ceramah Dr maza

"Terasa betapa Allah sentiasa sayang kepada kita, sentiasa mengampuni kita bila kita memohon kepadanya. Cuma sedihnya kita saja yang sering melupainya terutama bila kita dalam keadaan senang". Kunang-Kunang

Susulan dari situ aku teringat kata2 dan pesanan dari seorang ustaz (terlupa nama ustaz)

Betapa pemurah dan pengasihnya Allah pada hamba2nya
Jika kita berniat untuk membuat kebaikan, segera dicatat pahalanya, tapi jika terniat untuk membuat kejahatan, belum lagi dicatat dosa sehinggalah perbuatan itu dilakukan.

Bukan setakat itu saja malah Allah memberi peluang kepada hambanya yang melakukan dosa supaya tidak sekali2 berputus asa untuk memohon keampunan kepadaNYA walaupun dosa yang dilakukan seluas isi bumi

Jika seseorang hamba Allah melakukan dosa pada waktu pagi , Allah memberinya peluang bertaubat  hingga kemalam hari, begitu juga jka ia melakukan dosa/keslahan diwaktu malam, peluang dan harapannya untuk bertaubat hingga kepagi. Luasnya rahmat Allah untuk aku fahami.

Masyaallah
 

4 comments:

ibundo said...

salam sudais. Peluang kita untuk menjadi manusia baik tidak terbatas cuma kita saja yang banyak kali tidak menghargainya.

Apa kabar. Lama sudah kpah tak ke mari. Mood dah hilang..

Shasha Mohamed said...

Maha suci Allah.
Sama2lah kita ingat mengingati sesama sendiri walaupun tak semua orang sudi mendengar bila kita memperingatkan mereka ;)

sud@is said...

ibundo
Walaikumussalam kakpah
Mood macam chipmore..hehe

Tu la Allah sungguh sayang kat kita, sllu dibagi peluang, moga kita menghargai...

Shasha Mohamed
kongsi mana yang patut disamping ingatan utk diri sendiri, moga ada manafaat bersama...

tehr said...

peluang sentiasa ada selagi ada hayat
masalahnya kita tak tahu bila hayat kita akan habis

jadi, usah terlewat merebut peluang yang ada