Feb 24, 2013

Makan bila ada depan mata


Bila sakit tekak , tonsil, mulut pecah alangkah sedapnya kalu dapat aiskrim. Aku memang tak tahan tengok makanan cenggini. Doktor kata, makanan yang kita suka sebenarnya kurang baik untuk kesihatan kita, tapi aku kata makan bila ada depan mata. Kalau satu skop aiskrim boleh kot untuk hilang dahaga tambahan cuaca sekarang panas macam ni,

Udang tepung kentang goreng , 'gorpis' dan yang lain seangkatannya cukup mengiurkan.

Baru2 ni agen CNI datang ke ofis untuk promosi makanan/minuman (supplement) kesihatan sambil mencari ahli baru. Disamping cerita2 tentang pentingnya menjaga kesihatan dan perlunya makanan tambahan dan bla..bla..bla.....disertakan dengan pampelat dan kempen yang memukau.

Aku teruja untuk checkup dengan 'digital scanner' wpun berbayar walhal baru saja checkup kat hospital (manual).. . Menyecan satu badan, Keputusan mengikut tahap kesihatan sama ada normal (biru), separa normal (hijau) dan ketiga ialah tahap berjaga-jaga (merah). Terkedu juga bila tengok result ada 2, 3 bab tanda merah dan banyak kaler hijau dari biru.

Pun begitu yang ni aku redah.....

(Photo: Schrempp Erich)



5 comments:

padin said...

hehee kalau gi pasar malam benda2 gini la yang dicari, ekekee.. tambah2 rangka ayam...

MulutPayau said...

bila tengok makanan yg sedap2 depan mata..mmng akan lupa pasal kesihatan....

S..U..D..@..I..S said...

Aku teruja kepak ayam hehe

S..U..D..@..I..S said...

Lepas makan menyesal pulak kan Mp

S..U..D..@..I..S said...

Padin
apasal kat hp ada format reply comment, tp kat komputer takda....