Feb 27, 2013

Ya Rasulullah Sudilah Tuan Memandang Kami

Qasidah dalam Bahasa Melayu, yang sungguh tragis bila membaca apalagi mendengar alunan bait-bait puisi tentang keperitan kehidupan, perjuangan demi menegakkan Islam untuk keselamatan kita dunia akhirat. 

Salam atasMu Ya Rasulullah

Abdul Mutalib telah bernazar
untuk korbankan seorang zuriatnya

Maka jatuhlah ia pada Abdullah
anaknya yang paling indah wajahnya

Kebesaran Allah yang menunjuk jalan
ditukarkan dengan dikorbankan unta

Maka selamatlah anaknya Abdullah
Disyukuri dengan linangan yang suci

Abdullah pemuda kacak dan tampan
Dikahwinkan dengan Aminah puteri rupawan

Maka mengandung ia akan Baginda
yang penuh kemuliaan dan keberkatan

Ayahnya Abdullah dipanggil Tuhan
berduka Aminah anaknya yatim

Rabiaul Awal lahirlah nabi yang mulia
yang bersujud kepada Allah yang esa

Amat sempurna indah memancar
cahaya menyinari seluruh alam

Seluruh makhluk langit dan bumi
mengucap salam atas kewujudannya

Abdul Mutalib menatap bayi yang indah
terpilu hati melihat yatim tiada berayah

Dibawa cucunya tawaf di Kaabah
berdoa pada tuhan sepenuh hati

Maka mendengarnya bisikan pada qalbi
Namakan Muhammad dia insan terpuji

Apabila Halimah Sa'adiah memandang Baginda
kasihnya mekar dipangkunya pulang

Pada hal ketika itu tiada yang mahu menyusunya
Kerana Baginda anak yatim yang tiada kekayaan

Barakah rezeki melmpah pada keluarga Halimah
kerana cinta mereka pada Baginda

(masa sekolah dulu ustaz pernah cerita ternakan mereka membiak gemok dan tanaman kurma subur dan lebat buahnya)

Bayi yang barakah dikembalikan padaAminah
lalu dibawa menziarahi pusara ayahnya Abdullah

kesedihan menimpa lagi Baginda yang kecil
ibunya Aminah pula meninggal diperjalanan 

Dipelihara pula datuknya sehingga meninggal,
dipelihara pula oleh Abu Talib yang sangat miskin.

Hidup kecil sudah berdikari,
itulah susunan ALLAH yang Maha Penyayang.

Mengembala kambing jauh di gunung,
tiada pernah merungut akan kesusahan.

Kelaparan dan kesunyian adalah kehidupannya,
haiwan dan gunung menjadi teman penghiburnya.

Gelaran Al-Amin diberi padanya,
hidupnya suci tiada berdusta.

Dilamar Siti Khadijah sebagai suami,
melihat akhlak indah mengurus dagangannya.

Di gua Hira' Baginda berkhalwah,
maka didatangi Jibril membawa wahyu.

Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu,
engkaulah penutup segala nabi dan rasul.

Duhai para saudara semua,
apakah kalian tiada gembira.

Kelahiran Baginda penyelamat insan,
dari kegelapan tiada bertuhan.

Duhai para saudara sekalian,
janganlah berpaling dari Nabi mu.

Jalannya membawa pada kebahagiaan,
jalannya menghancur nafsu dan syaitan.

Bagindalah nanti akan mencarimu,
ketika ketakutan di Hari Akhirat.

Syafaatnya luas tiada terhingga,
para maklaikat tak dapat menahannya.

Maafkan kami yang lalai berselawat padamu,
sedangkan engkau amat mencintai kami.

Maafkanlah kami wahai jiwa yang pemaaf,
dari kami yang penuh dosa dan noda.

Ya Rasulullah, sudilah kiranya,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah, sudilah kiranya,
sudilah Tuan memandang kami.

Ya Rasulullah, sudilah kiranya,

sudilah Tuan memandang kami. 
https://encrypted-tbn1.gstatic.com


7 comments:

@na said...

selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...yg telah diturun utk kerahmatan sekelian alam...

*SiRibenMerah said...

Rindu ya Rasulullah..

Hanis Azla said...

Selawat dan salam buat Rasulullah saw.. sebak sehingga naik bulu roma ketika membaca sejarah hidup nabi yang mulia..

insan marhaen said...

Teringat masa IM kecil dulu, selalu hadiri majlis Qasidah dengan abah!

S..U..D..@..I..S said...

@na
*SiRibenMerah
Hanis Azla
insan marhaen

selawat dan salam atas baginda

Shasha Mohamed said...

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan.

tehr said...

selawat dan salam ke atas baginda nabi junjungan