Dec 7, 2013

Kangkung pembuka hasil

Nampaknya kangkung tanaman sulung di kebun ini dah berhasil.
Alhamdulillah syukur nikmat.

Terujanya nak buat n3 ni maklumlah suka + ciwi dapat makan sayur segar dari kebun sendiri.

Nama lain bagi kangkung ialah Ipomoea reptans (google). Sejenis sayuran yang senang tumbuh melalui biji benih dan lebih kurang 4 hingga 6 minggu sudah boleh dituai.

Untuk mengelak dari serangan serangga perosak kangkung elok ditanam bersebelahan dengan pokok bawang dan pokok selasih. Saya gunakan semburan air rendaman cili seperti yang disarankan oleh blogger @na, nampaknya mujarab sekali. Tq @na.

Kangkung tinggi dengan vitamin A, B1 dan C selain protin kalsiam zbesi dan karoten. Air rebusan  kangkung juga boleh menghilangkan sakit kepala dan sakit gigi.



Hari ni kita makan sayur kangkung dari kebun kita ya anak2, sedari pagi sampai kepetang. Lagi pun anak2 kan favorate sayur kangkung.

benih kangkung dari Pasaraya Billion

set nasi lemak




 Harap harap kangkung yang dipotong akan bertunas semula untuk tuaian kali kedua.


10 comments:

@na said...

salam;
wow..pembukaan yg baik ni sud@is....syabas!!!
nmpk luas betui kebun tu...mcm ldg kangkung la plk hehehe

LadyBird said...

sedap ni kalau letak dlm nasi goreng

cik tom said...

wah segarnya sayur kangkung...lg best makan sayur2an hasil tanaman sendiri..tp umah sewa ciktom duk ni mmg lgsg xde tanah..semua bersimen..huhu

sud@is said...

Wsalam @na
timakasih..kebun seciput sja..gambar ja lebih.

Ladybird
memang sedap dr sawi sbb sy suka kgkung..

ciktom
kalau berminat boleh tanam dlm pasu dn hasilnya pun membggakan.

MulutPayau said...

Untung tanam sendirikan...bila2 masa nak boleh g petik jer....segar pulak tu....

teh ramuan said...

terbaik dari kebun
memang tak rugi berbudi pada tanah
dapat sayur segar bebas dari racun
alhamdulillah

mario said...

sedapnye....

insan marhaen said...

Aku juga suka macam sayur kangkung. Kekadang bila teringat akan cerita ada ulat dalam batang kangkung yang tak mati walau di rebus, buat aku sesekali rasa geleman juga...

sud@is said...

Mulutpayau
Alhamdulillah, nikmat sayur segar, MP pun boleh coba dn rasai keterujaannya

Tehr
Alhmdulillah rezeki, hak tanah ialah pokok2 cuma ditmbah sedikit usaha. Harap jgn hangat tahi ayam.

mario
boleh laa..

IM
kalau kita proses sndiri insyaallah slamat tawakal juga

❤Kamsiah❤ said...

buat ulam pun sedap,grg bersama belacan pun sedap..