Feb 18, 2014

Kisah bendi dan Teacher Carolina

Bendi sejenis sayuran yang biasanya dicampur dalam masakan kari ikan dan asam pedas.Tanpa bendi kari kurang umphh...tapi tak ramai yg suka bendi mungkin faktor lendir pada bendi tu, termasuk anak2 tuan tanah.

goreng berkicap + telur pun sedap



 
Bendi dikatakan baik untuk fungsi otak kerana dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan (hasil rujukan beberapa sumber).

Untuk mengetahui lain-lain khasiat bendi boleh layari di sini


Berbalik pada tajuk n3, kisahnya, Teacher Carolina (serani) adalah guru subjek BI yg mahu anak2 didiknya sentiasa cerdas dan cergas untuk mencapai keputusan yg cemerlang dalam subjek tersebut pada penilaian UPSR pada tahun itu.

Saranannya supaya pelajar perlu makan sayur bendi atau karot atau kedua duanya sekali dan juga perlu minum susu setiap hari.

Guru ni bersungguh sungguh untuk mencapai misinya dengan mengambil tindakan berani merotan (ringan bukan kadar mencedera) pada murid yg tidak mengambil sayur yg dicadangkan.

Sampai tara tu no, "takpa la cikgu untuk kebaikan jangan sampai cedera anak saya sudah".

(Selain dari makan makanan kesihatan, pada hari cuti setiap hari Sabtu beliau mengadakan tusyen dirumahnya dengan kadar bayaran hanya Rm10 atau Rm5 pada yang kurang mampu). 

Usaha lelahnya membuahkan hasil. Akhirnya beliau berbangga melihat peningkatan pencapaian murid-muridnya dalam subjek BI khususnya di sekolah berkenaan wpun tak sepenuhnya mendapat pangkat A. Ibu bapa sungguh terharu..

Bagi merealisasikan kejayaan itu beliau mengambil tindakan berani lagi sekali iaitu dengan membotakkan kepala dan memakai tudung beserta baju kurung sehingga guru-guru juga murid-murid menyangka yg beliau telah memeluk agama Islam.

Nazar katanya.

Selepas ini sesiapa yang nak kuat ingatan boleh cuba amalkan malah lebih meminati sayur bendi.

10 comments:

Pedasdanmanis said...

Sungguh murni niat cikgu tu, cerita yang menarik dan patut di ambil sebagai contoh... kene tanam bendi banyak ni..

nadia rashid said...

bagus betul usaha teacher carolina...jd jom ibu2 kita tanam bendi..supaya anak2 meminati sayur bendi...nak mkn bendi petik je kt laman...:D ( teringat pokok bendi kat umah baru je sejengkal tumbuh)

makchaq said...

Makchaq sekeluarga suka bendi... tapi tak pulak tau dia boleh kuatkan daya ingatan..

Tapi bendi kat KL tak jumpa pulak macam bendi macam kat penang.. besaq, panjang warna hijau muda dan rasanya rangup manis2 sikit.
kat sini bendi kontot2 kecik warna hijau tua...

sudipVSsenduk said...

bendi goreng cili & pecahkan telur.. peeeerrgh!

Awin said...

cerita bendi yg menarik

mokja said...

bendi steam makan dgn sambal belacan..perrgh sedap .Tambah ikan kering talang sarawak ,tak perlu lauk lain...bagi makcik la.hehe.

Kakzakie Purvit said...

Kakak dah tua so makan bukan sebab nak kuatkan ingatan macam cikgu Carolina tu tapi memang sedap di tekak hihi...

Tumis dgn udang kering+cili pun sedap. Ulam pun sedap. Masuk asam pedas laaaagi sedap!

sud@is said...

Pedasdanmanis

Betol tu dia seorang jiwa pendidik..

jom tanam bendi ..

nadia rashid

tak lama lagi jenuh petik bendi...


makchaq

Sekeluarga suka bendi bagus tu senang kerja didapoq...

Mungkin teknik canggih pertanian bendi warna hijau tua..

Kat market la ni ada yang hijau muda dan hijau tua...khasiatnya sama kot..

sudipVSsenduk

masak apa pun sedap pada yang suka..goreng bercili tu memang sedapp

Awin

Tengok bendi terkenang teacher Carolina..

mokjadeandell

Bendi steam makan dgn sambal belacan terbaik sedap dan berkhasiat..

Tambah ikan kering lagi la sedappp..

Kakzakie

Resepi tu kak memang membuka selera ..semasa menggoreng dah kecur lioq...

sud@is said...

mokjadeandell
saya tak boleh berkunjung keblog anda..profile not available..
apa pun tq singgah disini....

TukangKebun said...

Bagus Cikgu ni semangat mengajarnya supaya anak-anak didiknya cemerlang.
Beginilah kalau kita nak anak kita berjaya.

Takdelah kes baru sikit kena usik oleh cikgu, ada je ibubapa yang tak suka komplen.

Hormat dekat cikgu yang mempunyai azam begini.