Mar 2, 2014

Kelebihan Berselawat Keatas Baginda SAW:

Photo: ‎Kelebihan Berselawat Keatas Baginda SAW:
 
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4.Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalh atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
13. Boleh menggantikan sedeqah bagi orang yang tidak sanggup
14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi SAW.
20.Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALLAh Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah SAW. 
34.Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 
37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليهوسلم 
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .

# Telah berkata seorang 'ulama: "Sebaiknya seorang penuntut 'ilmu berselawat sebanyak 300 kali sehari (60 kali selepas solat 5 waktu)

# Sabda Rasulullah SAW : "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku." (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)..

# Sangat-sangat kerugian bagi mereka yang melalaikan diri dari berselawat. Selawat itu antara sebesar-besar amalan untuk kita bertaqarrub kepada Allah sebagaimana kata Syaikh al-'Alim al-'Allaamah Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani rahimahullah dalam karya beliau, "Hadiqatul Azhar war Riyahin" : “Ketahuilah olehmu, bahawasanya selawat atas Nabi SAW itu setengah daripada sebesar-besar perkara yang mendampingkan diri hamba kepada Tuhannya. Dan daripada seelok-elok dan sepatut-patut barang yang dihaluankan (yakni ditujukan) kepada hadratnya SAW kerana syukur baginya atas hidayatnya bagi kita. Dan dengan dialah tertolak sekalian mudarat dan tertarik sekalian manfaat pada dunia dan akhirat.” 

# "Para 'Alim Ulama' ada menyebutkan: Di akhir zaman, jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah mudah dan cepat adalah dengan berselawat keatas RasuluLLAH صلى الله عليه وسلم"

# Maka hendaklah seseorang yang mengaku mencintai RasuluLLAH berusaha untuk berselawat kepada Baginda. Ini kerana, cinta seseorang kepada seseorang itu seharusnya disertai dengan ketaatan, apatah lagi kepada Allah dan Rasul-Nya.‎

# Maka hendaklah seseorang yang mengaku mencintai RasuluLLAH berusaha untuk berselawat kepada Baginda. Ini kerana, cinta seseorang kepada seseorang itu seharusnya disertai dengan ketaatan, apatah lagi kepada Allah dan Rasul-Nya
  
1 comment:

TukangKebun said...

Sementara tunggu giliran di bank atau pejabat pos elok mengisi masa dengan berselawatkan. Dari terpandang benda yang tak elok.