Jul 16, 2014

Kisah silam tentang Burung Merpati....

Burung merpati sejenis burung yang sangat jinak, sebab tu kot dikatakan jinak-jinak merpati tapi bukannya senang nak tangkap.... binatang ni bijak bila diberi makan dia datang dekat, tapi bila nak tangkap ..hooh.... cepat kilat terbang..ni pengalaman masa kecik-kecik dulu dikampung...

depa terkejut semasa snap foto....

Daging burung merpati biasanya jarang dimakan, dan jarang juga ada dijual dipasar atau dimana-mana, cuma dicari/makan untuk perubatan... Seingat saya untuk mengubat kanak-kanak yang lambat bercakap dan kanak-kanak yang berkhatan. caranya dengan buat sup burung merpati.

Tokwan saya pun tidak makan, kesian katanya.... sebab dia kan binatang belaan yang manja dan comel...
Waktu yang paling syok sekali... ialah memberi makan dan melihat telatah mereka.... memang satu kepuasan...

Dikatakan burung  merpati akan meninggalkan tuannya bila ada ahli keluarga tuannya itu meninggal dunia. (kisah benar pada tok saya, bila anaknya meninggal, 2-3 hari selepas tu baru perasan merpati mengghilang tanpa tinggal seekor pun.. dan tak pulang lagi)...

Tapi sejauh mana kebenarannya ......mungkin ada yang berpengalaman.....





Lagi khasiat burung merpati boleh lihat di sini ...


10 comments:

Normala Saad said...

Kakak sampai la ni suka kat burung merpati, teringat arwah ayah. Satu waktu dulu tahun 80an kami membela beratus merpati berbagai rupa dan jenis. Tempat tidur depa punya lah besar panjang dan 2 tingkat pula tu. Waktu tu kakak lah mandor jaga burung...Seronok time makan, sebab bela lepas, jadi bila tepuk ja dinding dia dah faham terbang penuh depan rumah kumpul ramai2. Cantik sangat waktu tu...Tapi bila ayah meninggal burung tu lama kelamaan habis dan pupus terus..

@na said...

seronok tgk burung merpati kat restoran aminrest...kalau pi dlm 7.00 pagi, kita blh tgk burung2 merpati akan turun berkumpul depan restoran tunggu tauke tabur makanan...rasa nya dalam ribuan ekor kot...

Mummy-Zerry said...

Saya pun ada kisah silam dengan merpati.. merpati makan atas tangan

Selamat berbuka

TukangKebun said...

Belum pernah rasa daging burung merpati.

sudipVSsenduk said...

yg tak tahan taik dia tu bersepah2.. huhuhu dugaan

Bunda_nora said...

Biasa tengok sekumpulan merpati...kalau terbang sama2 terbang...kalau menghinggap...sama2 menghinggap...

ctpayong said...

as salam

taklah pulak tahu akan kesahihan kisah ni. kakCT selalu kasi makan burung ni...yg dtg ntah dari mana dan ntah siapa punya. tepat pada waktu dia mesti datang minta makan...

warna bulu merpati memang cantik2 kan

kakrose said...

teringat semasa di mekah..setiap hari perjalanan balik dari masjid akak akan beli makanan burung beri burung merpati makan. seronok melihat ia mematuk makanan secara berjemaah sambil berterbangan..macam satu kepuasan bagi akak melihat gelagat burung2 tu..

Anonymous said...

Hello there, I found your site by means of Google while looking for a related subject,
your web site came up, it looks great. I've bookmarked
it in my google bookmarks.
Hello there, simply was aware of your weblog thru Google, and located that it is really informative.

I'm gonna be careful for brussels. I'll appreciate for those who proceed this
in future. Many people might be benefited out of your writing.
Cheers!

Feel free to surf to my website :: export a car

Anonymous said...

e cigarette, ecigs, e cigarette, e cig forum, best e cigarette, e cigarette