Aug 21, 2014

Kesom (cenehom) dan pandan diluar pagar

Apa keistimewaan daun kesom dan pandan?

Daun kesom atau cenehom diantara bahan utama dalam resepi laksa dan asam pedas, kalau tak ada herba ni tentu laksa hilang rasa dan tak umphhh!!!..kan, begitu juga asam pedas...



Kedua-dua tanaman ini hidup subur didalam air bertakung...
Walaupun pokok pandan boleh hidup didalam pasu atau ditanah tapi cepat saja biaknya jika tumbuh didalam air...

Bila dah cepat biak takut plak keluar sang ular  , mana tahu menyelinap masuk kebun, hihihi mintak simpang...
abaikan pokok asin-asin depan sekali tu..baru nak idup...

tumbuh merimba... jiran punya..

Kegunaan daun pandan selain dalam masakan, boleh juga menghalau lipas didalam dan luar rumah.

Banyak lagi kegunaan pandan di link dibawah...







15 comments:

Ibu Qistina said...

subur nampak pandan jiran sud@is, sampai hari ni 2 pokok ni saya masih gagal untuk tanam. Masih tak bernasib baik dengan mereka.

Normala Saad said...

kawan kakak suka potong kecil2 masukkan dalam kereta. Bila buka pintu, wangi baunya

Julie M said...

Suburnya pokok kesom tu, Julie tanam kering semacam je, bestnye tgk kesom tu hidup subur...

ummi aqilah (LM) said...

Jeles tgk kesom tu melata tumbuhnya.

Sy tanam kat tanah pandan tp x biar merebak. Takut ular. Bila metimba hubby cepat2 buang. Sy lak sentap tgk tinggal sikit je.

Jari Manis said...

Daun kesum! Suka bau daum kesum tu jekadang bila dh beli cium dulu rasa sedap je sbb wangiii

cucubulat said...

takda daun kesum tak menjadi asam pedas,,ramuan utama tu!
Saya tanam daun kesum dan daun sup tak pernah berjaya,,kenapa la org lain tanam dalam pasu jer segar bugar,,jeles betul.

suka suka said...

Daun kesom memang suka air sebab tu akak tanam tak jadi2 sebab bergantung pd hujan je.. daun pandan memang bermaharajalela.. kena maintain selalu

Normala Saad said...
This comment has been removed by the author.
nadia rashid said...

Subur nya pandan dan kesom...sy cuba juga ni tanam kesom dalam besen ada air...tp x larat nk tukar air....skang ni sibuk dgn aedes plk...takut Jd tempt biak diorg

insan marhaen said...

baru IM perasa.. daun cenehom tu adalah daun kesom jugaa...

sud@is said...

Ibu Qistina
Pandan kalau dipasukan mula-mula memang lambat tapi dah mula hidup tahan cabaran hehe gamaknya..

Normala Saad
Saya suka juga bubuh dalam kereta tapi tak la potong halus, sepokok sepokok saya masukkan...memang wangi...

Julie M
Pokok tu hidup subur kalua dalm air bertakung...cuba Julie cari pasu yang tidak berlubang masuk sedikit tanah dan air..tengok cemana...insayaallah

ummi aqilah (LM)
Kesom melata bila kita tak peduli,, kalau dimnja belai tak mau menjadi...

Pandan bila dah merimba bahaya plak....

Jari Manis
Betulll...Ingat kesom ingat laksa..asam pedas....

cucubulat
Boleh cuba tanam lagi jgn putus asa....bila start idup..semak nnt jadinya...

suka suka
Jenis tanaman hidupan berendam dalam air,,kalau didaratkan dia kuran gsukeee...

nadia rashid
Tu la plak jadinya kalau tanam dalam bekas, kena ssllu check,nyamok...atau bela ikan dam bekas tanaman kesom...

insan marhaen
senama serupa setuan....kesom cenehom..dikampung dulu sya kenali dengan nama cenehom...

@na said...

projek tnm kesom mencabar sggh la.....baru ja nk elok dah terpelantig dilanggar kucin....bkn sekali...berkali2....ujian betui la

teh ramuan said...

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
daun pandan di tepi rumah
letak sedikit di dalam kereta

harum baunya hehe

sud@is said...

@na

Hehe coba lagiii....

Teh ramuan

Bangun pagi gosok gigi
Pergi sekolah naik bas
Dalam kereta untuk wangi
Dalam almari halau lipas

kakyon said...

apa tu pokok asin asin?