Aug 24, 2014

Serumpun lengkuas

Lengkuas hidupnya berumpun dan berubi sama seperti kunyit dan halia bezanya pokok lengkuas lebih tinggi iaitu sampai lebih kurang 2 meter. Lengkuas cepat membiak melalui ubi dan tunas.

Selain dalam masakan lengkuas di gunakan untuk merawat artritis, ulser dan keradangan perut, memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki,merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu. Dikatakan lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas. (google)

menunggu lengkuas  berbunga

pembiakan lengkuas

17 comments:

insan marhaen said...

Banyak IM jumpa khasiat tumbuhan-tumbuahn sekeliling kita. tak terikut rasanya jika nak diamalkan.

Baru ni pasal daun sup baik untuk buah pinggang, betulkan?

cucubulat said...

camana yer bunga lengkuas tak pernah tengok..khasiatnya banyak,,tp saya lebih banyak gunakan halia dalam masakan.

ummi aqilah (LM) said...

Dulu masa beli umah ni ada byk lengkuas. Bila ubahsuai lupa nk gali dan tanam semula. Dah bersimen br terkilan. Dah la lengkuas mahal kat kedai

Tihara said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tihara said...

menjadi lengkuasnya :)

Petak Bunga said...

Kt depan rumh tanh sekankang kera ni ada pokok lengkuas. Jiran ada mintk nk daun nya.. nk wat mndi..penyakit kulit ke apa x tau..
Tp bila dah ambil daun, matilah pokoknya..mm nasib baik bnyak berisi.
Kalau x hbis semua mati, suka ht ambil sendiri,sampai tongel..
Pernh bc, kalau kena mcm kurap boleh asah tampal..tp pntng jgn mkn maskn ada lengkuas mcm rendang..
Sy bab2 remedie ni memng suka..
:)

Kakzakie said...

Kakak berkali-kali balik kg ambil lengkuas bapak tanam dlm pasu nanti jadi benyek ubinya tak subur (rumah tak ada laman luas gitulah jadinya) sedangkan kat kampung bapak sampai kena bakar pun tak lama tumbuh balik membiak sampai macam semak... sama dgn pokok bunga kantan membiak kalau tanam atas tanah...

@na said...

tips masakan singgang sedap - guna lengkuas segar seboleh2nya yang baru digali...hehehe...
tips dari arwah nenek..

Normala Saad said...

Di kampung kak ada lengkuas yang jenis kecil sangat. Macam mini lengkuas. Tanam di rumah sendiri dah subur kerbau pula rembat habis...

Tiny gardener said...

Memang ada jenis kecil dan besar. Jenis kecil tu bunganya boleh di buat ulam. Buah mudanya pula boleh ditumbuk buat sambal goreng dgn belacan. Saya tnm 2 jenis dlm pasu besar. Tapi yg besar tu terlalu besar dlm pasu terpaksa dibuang dan tanam semua di bekas polistrin buat sementara.

teh ramuan said...

dah lama kami pindah sini
dah lama juga berhajat nak tanam lengkuas

memang banyak guna ni

Bunda a.k.a KN said...

Bunda pernah tanam pokok lengkuas ni secara tak sengaja..dan tak disangka2 menjadi...

Tapi itulah kita jarang guna lengkuas seperti halia dan kunyit...alagipun susah pulak nk koreknya...keras...

Akhirnya tinggal begitu saja...kat rumah lama dulu..

sud@is said...

Insan marhaen
Setiap tumbuhan ada khasiatnya tersendiri, cuma kita belum jumpa atau tidak mencari mungkin tiada kepentingan...

Ya ka daun sup baik untuk buah pinggang, kena tanam ni...

cucubulat
bunga lengkuas hampir sama seperti bunga halia, cuma sisiknya berkembang..kat rumah saya belum nmpak nak berbunga lagi...

ummi aqilah (LM)
Tanam dalam pasu pun boleh, apa kata lengkuas kecik...

Tihara
Jenis pokok berubi memang cepat membiak...

Petak Bunga

Tq info daunnya baik untuk penyakit kurap.. kena pantang jgn makan masakan ada lengkuas ya...dah sembuh betul ok kot ..

Kakzakie
Betoi tu kak, bila ditanah memang dia cepat membiak bila dah byk semak pulak...

@na
tq bg tips arwah nenek - masakan singgang sedap dengan menggunakan lengkuas segar..

elok @na bg resepi singgang nenek tu sekali....

Normala Saad
Macam mana boleh kerbau besar tu nmpak lengkuas yang kecik tu kak...dipijak2nya ka....lawak la crita kak mala ni

Tiny gardener
Baru tahu bunga lengkuas boleh buat ulam...tak sabar nak tunggu lengkuas berbunga nak try rasa ulam cemana...tentu sedap....

teh ramuan
Boleh tanam Mr Teh cepat ja biaknya kalau ditanah tak termakan..nanti boleh bagi jiran ..kot nak buat rendang musim raya...

Bunda a.k.a KN
Yang tinggal kat rumah lama tu jadi mnaafaat pada orang lain...pahala tuu....

Tanam semula kat rumah baru....

Honey said...

Salam Sudais,

Rupanya lengkuas dengan pokok bunga kantan tak sama kan? hahaha I baru tau

zool said...

Lengkuas ni memang bagus ditanam..
tapi kalau takde tanah susahlah sikit

TukangKebun said...

Rasa nak menggali lengkuas pula hujan-hujan ni. Banyak khasiatkan.

kakyon said...

salah satu bahan masakan.harus ada di setiap rumah yg ada kawasan tanah.boleh menyejukan kawasan rumah dan boleh jimatkn belanja juga..