Aug 26, 2014

Rezeki pada bunga...

Alhamdulillah dapat menuai sedikit hasil daripada kebun sejemput. Tidak banyak tapi teruja dapat tuai roselle dan bunga telang walau pun sedikit, cukup untuk 2 gelas sirap sehari....

Nampaknya seminggu dua ni mendung dan hujan pagi petang, tak banyak aktiviti berkebun yang dapat dijalankan. Tinjau kot tingkap nampak pokok-pokok tumbuh segar pun hati dah berbunga-bunga.....



Ros benih dari tanah tinggi Cameron Highland baru nak menyesuai diri ditanah lembah...tu pun lama juga hidup segan mati tak mahu....



Melur susun anak pokok kawan bagi....rahmat hujan...



 Bendi nmpak segar dimusim hujan.


Anak pokok durian Belanda, baru saja ubah ketanah dari polybag...harap dapat hidup dengan `raksi' di petak ini....






18 comments:

@na said...

jelesnyerrr tgk bunga ros tu...seger bugar...menawan tertawan...wangi tak?

Normala Saad said...

Ya la..cantik ros tu. Kak pun baru duk hangat2kan tangan balik dengan ros juga tapi lebih suka yang jenis climber. Dah lama tak buat koleksi ros..

Kakzakie said...

Musim hujan ni bunga ros cepat kembang tapi cepat juga luruhnya. Masa kembang hati kita pun kembang Su tapi bila dah cepat luruh sedih pulak...

Kakak nak tanam tomato cerilah.. tengok gambar tu macam kakak nak ngap aje:)

Honey said...

Sudais, banyaknya tanamannnnn.. Pokok belanda tu, ish tak sabar nak tgk dia berbuah!

ummi aqilah (LM) said...

Bunga telang tu nk buat apa sudais? Nasi kerabu ke? Share la sikit

cucubulat said...

Wah comelnya ros 3 kuntum tu!
Penyeri kebun..
Sirap telang letak daun pudina best jugak..

zool said...

wah baguslah berkebun.. saya ni asik tak menjadi je bila menanam

TukangKebun said...

Hujan-hujan ni semua naik subur balik.
Rumput pun makin subur.

sud@is said...

Ros @na lagi mengancam, ros pengantin lagi....segar sebab hujan ja tu...wanginya kurengggg

sud@is said...

Sama la saya pun baru berjinak2 balik dengan pokok kegemaran saya satu masa dulu....ros menjalar (kampung) memang wangi

sud@is said...


Kakzakie
Cepat luruh tertimpa hujan kot ya...boleh tanam ceri cepat ja berbunga..bila dah berbunga tak berhenti nanti....

sud@is said...

Honey
Tuan tanah lagi tak sabar menunggu buah sulung.....hehe

sud@is said...


ummi aqilah (LM)
Setakat ni buat sirap je LM, belum cuba yang lain lagi

sud@is said...

cucubulat
Ya penyeri kebun,,,,kena tanam pudina kat kebun ni nmpaknya niii...tq

sud@is said...

zool
Tq singgah sini...tanam lagi sungguh nikmat tengok tanaman....

sud@is said...

Tukang Kebun
Rumput belumba-lumba ngan sayur.......

teh ramuan said...

sirap segar terus dari ladang
terbaik

kakyon said...

hujan2 ni seronok bercucuk tanam..tanah lembut pokok pun subur..