Sep 18, 2014

Apa kena dengan bendi ni....

Mungkin campuran tanah, penjagaan , atau terlebih/terkurang siraman yang buat bendi jadi macam ni, kuning keliling daun. Mungkin juga serangga perosak...tapi belum terserempak dengan tuan tanah, macamana nak jumpa belek sayur pun seminggu sekali...jaa.


Sapa sapa yang ada pengalaman tanam bendi jadi bermasalah macam ni, mohon share sebab musababnya....


daun kekuningan dan melengkung keatas...


Bila bertanam ni banyaklah terjumpa macam-macam kejadian pada tanaman yang baru bagi kita yang kurang ilmu pertanian macam saya....


Pada hal musim pertama tanam dulu, elok suburnya....pokok bendi


15 comments:

Kakzakie said...

Daun bermasalah tapi kacang bendinya ok tak apalah Su. Panas sangat tak Su. Tapi sekarang ni musim hujan kan. Eh... entahlah kakak bukan pakar hihi...

ummi aqilah (LM) said...

Nmpk mcm kena serang dgn makhluk perosak. X tau lah betul ke x sbb belum pernah tanam bendi lg. hubby baru semai. Kecik lg pokoknya

nadia rashid said...

Ini elok la ni pokok daun lebar2 berbuah sekata...lebat daun nya..sy punya jarang2 huhuuu

Sy agak terlebih baja daun jadi kuning gak

Normala Saad said...

Kak pun biasa jadi daun kuning mcm ni, masih tidak tahu apa sebabnya tapi buahnya terus2 jadi tak dak effect apa2 pun.

kakyon said...

macam kena serangan serangga perosak. cube sembur dgn campuran cili, bawang putih dan sabun basuh pinggan macam kami buat pada pokok rose..

❤Kamsiah❤ said...

akak nk bg tips pun bukan pakar...tp pada buahnya takde kesan kerosakan,kan...

cucubulat said...

mcm cantik pulak daun bendi ni berbatik mcm daun bunga jdnya,,hehe jgn marah sudais..
biasa jd kuning2 ni sebab panas kan,,entah la sy pun tak arif.

@na said...

nmpk mcm telebih baja tu sud@is...

❤Kamsiah❤ said...

info mengenai penyakit vertigo boleh baca kat sini
http://penyakitvertigo.com/

Putri said...

Rasa mcm kurang air
dulu pun saya pernah tanam bendi...selalu jugak jd mcm ni

teh ramuan said...

tak bulih ambo nak kata apo
tak reti bab tanam menanam ni

Bunda a.k.a KN said...

Bunda belum pernah tanam pokok bendi ni sud@is...bunda ambil ini sebagai perkongsian...mana tahu satu hari teringin juga nak tanam..

sud@is said...

Kakzakie
Saya pun heran ...bayk lagi kena belajar ilmu bercucuk tanam, dan juga habitat pokok yang ditanam....

ummi aqilah (LM)
Tengok apek kat taman depan tanam bendi hidup subur, daun selebar pinggan,,,,siraman nya air longkang.......geli plak rasanya

nadia rashid
Tunggu dan lihat apa nak jadi pokok bendi tu...jiran2 pun dok tegur...

Normala Saad
BUah kat pokok saya tak banyak berputik,,,tak serupa duluu...dugaan dengn bendii...

kakyon
Semalam dah cuba sembur dengan campuran yang kakyon bagi tu,...mudahan2 menjadi..tq kakyon

❤Kamsiah❤
Buahnya elok tapi tak banyak , tak ramah sepatutnya setiap kelopak daun ada putik buah.....
Kena belajar dari blogger yang berjaya.ni....

cucubulat
Dalam gmbar nmpak cam ok..kat tanah memang ko...hehe

@na
Rasanya macam terlebih baja juga @na...heyy ada tukang kebun yang suka buh baja...pantang ada baja baru beli...

ummi aqilah (LM) said...

Hahaha.. Air longkang tu baja tu su.

Tau x, ada nyonya dkt ngan umah bonda LM dulu rajin sgt tanam sayur. Gemuk2 sayur dia. Tiap pagi dia gi siram bau hancing je( tanam tepi jalan)

Rupanya dia gi siram air kencing. Mmg tadah katanya utk buat baca. Dgn baik hati dia agih pd jiran2 hasilnya. Mak aiii x tergamak nk makan. Ekeke

Acik Erna said...

baca cukup ke su..bendi ni kalau su guna baja organik..memng sedap rangup dan manis ...rebus je pun sedap kan