Masa mula-mula ubah dari tapak semaian dulu, saya tanam pokok rapat, jaraknya tak sampai 1 kaki, rupanya pokok ni merimbun dan perlu sekurang-kurangnya jarak 3 kaki. Ketinggian pokok roselle pula boleh mencapai 6-7 kaki tinggi( mengikut pokok kat kebun saya)..
Gambar-gambar dibawah bercerita...
Tak pasti berapa bulan baru berbunga..... kalau tak silap 21/2-3 bulan...(sori kalau tersilap) . Tolong betulkan sapa yg lebih arif tentang pokok roselle ya. tq..
Bunganya seakan bunga raya, warnanya kuning air dan hujung kelopaknya light pink...
Kembang pada waktu pagi sahaja, dan menguncup waktu petang...iPni pun boleh lihat kembang sbb hari cuti...
Sedia mengeluarkan kuntum bunga...macam ais krim pun ada ( gambar semua blur hasil dari hp yang ciput)
Keesokan harinya.... selepas bunga gugur, biar seminggu dua baru boleh petik(maklumat yg saya dapat) tapi saya petik selepas seminggu sahaja..
roselle berkembang waktu pagi
Kayu dipacak bagi mengelak dari patah dan terbalik diwaktu hujan lebat dan angin kuat sebab batangnya memang lembut
Pokok kelapa yang rendah atau pokok roselle tinggi?
Tuaian semalam
Mungkin dilain n3, boleh cerita proses buat sirap dan jem roselle . Ikut tekak tuan kebun jem roselle memang sedap..
16 comments:
Salam sudais...dh boleh tuai hadil dah..seronoknya.boleh buat jus la pulak kaya vitamin c.
Sedap ayaq roselle.. jem pun sedap... la ni kena beli la tapi..
hebat, hebat...subur betui tu sud@is...pokok kami seblum ni keding ja...2 kaki pun tk lps...hehehehe
kak biasa makan halwa roselle. Sedap.
Salam Sudais,
Suburnya pokok roselle! Mak Aji dah beberapa kali tanam tak menjadi, macam nak give-up ajelah dengan roselle ni. Jeles tengok!
Salam..bes kan tgk roselle..cantik dan sedap buah dia..daun pn blh mkn.. kaya dgn vitamin c..klu rajin letak baja lg lebat..klu tinggi kn cantas ckt biar rimbun n x mudah patah.
kak dulu banyak tanam rosel n rajin juga buat jus...sedap jus rosel.
sedap buat jus sendiri...fresh tanpa pengawet..
Pokok roselle memang boleh tinggi Su. Bila dah banyak ni puaslah nak buat jem, buat kordial.
Kakak terpikat yg tomato ceri dan mulberry juga sebab dua ini kakak tak ada..
Rajinnya bercucuk tanam. Berbakti pada tanah pasti membuahkan hasil. Tahniah. Akak pernah minum jus roselle ni...sedap!!!.
betul sedap..
dah nak habis dah sirap rosel rumah kita..
lama x tanam roselle,baru je semai semalam...tak sabar nk tanam,tgk sud@is punya bukan main subur lagi. :D
Pokok roselle kalau menjadi memang besar giant. Lebih 6 kaki pun ada kan.
Sedap kan jem dia?
Tu lah.. LM punya dah blh petik dah ni. Ptg nnt kot baru petik. Nak kena minum kerap utk turunkan paras gula dalam darah. Maklumlah.. Awl bln dpn dah nk kena minum air gula ms check mengandung. Takut pulak bacaan gula tak comey:)
http://madey09.blogspot.com/ follow blog ni..wow!! blog hebat banyak herba ni
subur tanaman ya
Post a Comment